MESKIPUN baharu empat bulan melahirkan anak kedua, ia tidak menghalang penyanyi Shila Amzah untuk tampil dengan persembahan mantap di China menerusi program Singing With Legends.

Cerita Shila atau nama penuhnya Nurshahila Amir Amzah, dia telah 'menempah' tiket ke final selepas bergelar juara mingguan.

"Saya juara minggu ini, yang melayakkan saya terus ke peringkat akhir," kongsinya.



Shila menyertai program Singing With Legends musim keenam di China.

Tambah Shila, 34, menerusi persembahan hujung minggu lalu, dia telah menyampaikan dua buah lagu iaitu Bring Me To Life bersama Wang He Ye dan lagu Mandarin 'Ning Meng Cao De Wei Dao' bersama artis terkenal China, Julia Peng Jia Hui.

"Saya suka kedua-dua persembahan sebab dapat menyampaikan lagu berbeza genre kali ini," ujar Shila.

Pada awal September lalu, pelatun Jauh Hati itu berkongsi perkembang karier seninya dengan menyertai sebuah program televisyen di China iaitu Singing With Legends untuk musim keenam.



Shila berjaya menjadi juara mingguan sekali gus menempah tiket ke final.

Program tersebut menyaksikan gandingan penyanyi lagenda bersama bakat muda di atas pentas sama.

Shila pula bukan nama asing di China selepas pernah tiga kali menyertai program di sana, termasuk menjuarai program Asian Wave pada tahun 2012. -- Sinar Harian