Ringkasan AI
- Shila Amzah, Jaclyn Victor, dan Ning Baizura pernah berbincang untuk merakamkan lagu bersama, tetapi jadual yang padat menjadi halangan utama.
- Shila menyatakan kemungkinan mereka akan meneruskan perbincangan untuk menghasilkan lagu bersama selepas Ning Baizura selesai dengan pertandingan Gegar Vaganza.
- Album kolaborasi mereka, 3 Suara, yang dikeluarkan pada 6 Januari 2011, pernah mencipta fenomena dan memerlukan mereka berkampung di studio untuk penghasilannya.
Menurut Shila, mereka bertiga pernah berbincang untuk mengeluarkan lagu bersama, namun kepadatan jadual adalah masalah terbesar buat mereka bertiga.
“Kami pernah bercakap mengenainya untuk ada single bersama cuma untuk terbitkan album itu saya rasa tidak.
“Kerana dahulu kami sampai berkampung di studio untuk hasilkan 3 suara, jadi untuk masa sekarang saya rasa jadual adalah masalah terbesar kami,” katanya.
Bagaimanapun, pelantun lagu Patah Seribu itu berkata jika diberikan kesempatan mereka bertiga mungkin akan meneruskan perbincangan untuk menghasilkan lagu bersama selepas Ning Baizura selesai menjalani pertandingan di Gegar Vaganza.
“Tapi sejujurnya kami pernah berbincang mengenainya, sebab lepas habis konsert Jaclyn, Ning sudah sibuk untuk Gegar Vaganza jadi saya rasa kalau ada rezeki mungkin selepas itu kami akan teruskan,” ujarnya.
Shila Amzah ditemui Gempak semasa pelancaran Konsert Countdown Meletop 2025 baru-baru ini.
Sekadar info, 3 Suara ialah album kolaborasi oleh tiga orang penyanyi iaitu Jaclyn Victor, Ning Baizura dan Shila Amzah.
Album ini dikeluarkan oleh Sony Music pada 6 Januari 2011. -Gempak