Tze Liang dilihat diusung untuk dibawa ke hospital terdekat. - Stadium Astro
PENERJUN negara, Ooi Tze Liang, dilaporkan mengalami kemalangan sewaktu final acara 3m papan anjal lelaki Kejohanan Terjun Terbuka Malaysia di Pusat Akuatik Nasional Bukit Jalil sebentar tadi.
Tze Liang dilaporkan cedera di bahagian kepalanya gara-gara terkena papan sewaktu melakukan terjunan.
Dia dilihat diusung untuk dibawa ke hospital terdekat.
Ikuti laporan lanjut dalam Nadi Weekend jam 6.30 petang ini. --
Stadium Astro