KUALA LUMPUR: Sedikit terlewat. Pertukaran daripada acara platform ke papan anjal sejak akhir Mei lepas, mungkin menyebabkan impian penerjun lelaki negara Hanis Nazirul Jayasurya untuk layak ke Sukan Olimpik Paris 2024, menjadi kelam.
Namun, keadaan itu tidak memadamkan semangat atlet berusia 22 tahun itu.
Sebaliknya Hanis berkata situasi itu menjadi peluang untuk dirinya menyahut cabaran baharu dan terus mengekalkan impiannya untuk layak ke Sukan Olimpik.
"Secara realistiknya, ia agak sukar untuk saya layak ke Paris 2024. Namun perjalanan saya dalam sukan terjun masih jauh dan saya mahu layak ke Sukan Olimpik Los Angeles 2028," katanya ketika ditemui di Kejohanan Terjun Terbuka Malaysia 2023, di sini.
Penerjun kelahiran Kuala Lumpur itu mengakui beliau masih memerlukan masa untuk sesuaikan diri dengan acara papan anjal, selepas bertanding dalam acara platform sejak tujuh tahun lepas.
Ketika ditanya mengapa beliau bertukar acara, Hanis Nazirul menyatakan kemahuannya untuk meneruskan legasi atlet berpengalaman - Ooi Tze Liang dan Muhammad Syafiq Puteh dalam acara papan anjal, jika mereka bersara pada masa hadapan.
"Sebab lain ialah bagi memberikan peluang kepada 'junior' saya di acara platform untuk naik, jika tidak mereka tidak akan maju ke depan," katanya.
Pada ketika ini antara atlet terjun platform lelaki negara termasuklah Bertrand Rhodict Lises, yang telah pun layak ke Paris 2024 dan Enrique Maccartney Harold.
Sementara itu Hanis Nazirul menyatakan kesediaannya kepada idea untuk berpasangan dengan Wendy Ng Yan Yee dalam acara 3 meter (m) papan anjal seirama pada masa hadapan.
Perkara itu berkemungkinan selepas pasangan 'bidan terjun' itu muncul juara dalam acara 3m papan anjal seirama campuran, selepas mengumpulkan 262.80 mata, pada hari terakhir kejohanan itu yang berlangsung di Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil, semalam.
Malaysia muncul juara keseluruhan pada kejohanan tiga hari dengan lima emas, tiga perak dan tiga gangsa, diikuti Sarawak (2-2-0) manakala Uzbekistan ketiga (2-1-1).
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 07 2023

Hanis Nazirul dan Wendy Ng bergambar bersama pingat yang dimenangi selepas acara 3 meter papan anjal seirama campuran akhir pada Kejohanan Terjun Terbuka Malaysia 2023 di Pusat Akuatik Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur, 6 Nov 2023. --fotoBERNAMA

BN atur gerak kerja awal hadapi PRK
Saarani berkata jentera parti tidak akan menunggu pengumuman tarikh SPR dan akan segera memulakan aktiviti ke arah memenangi PRK tersebut.
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai ada kaitan Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.

Terjun Terbuka Malaysia: Syafiq Puteh akur dengan pingat perak, Pandelela kekal dominasi
Wakil New Zealand, Frazer Tavener, muncul pemenang pingat emas manakala Ikuma Senri dari Jepun memenangi gangsa.

Penerjun Ooi Tze Liang kemalangan, cedera kepala
Ooi Tze Liang, dilaporkan mengalami kemalangan sewaktu final acara 3m papan anjal lelaki Kejohanan Terjun Terbuka Malaysia.

Olimpik Paris 2024: Perjalanan Bertrand Rhodict berakhir di pusingan kelayakan
Penerjun negara, Bertrand Rhodict Lises, terlepas peluang ke separuh akhir acara 10 meter platform lelaki Sukan Olimpik Paris 2024.

Peranan sebagai pembawa bendera dorong Bertrand untuk capai enam terbaik
Diberi penghormatan sebagai pembawa Jalur Gemilang pada upacara pembukaan Sukan Olimpik 2024 memberi inspirasi kepada penerjun negara Bertrand Rhodict Lises untuk menampilkan aksi cemerlang di Paris.

Olimpik Paris 2024: Misi tingkat darjah kesukaran terjunan Bertrand hampir tercapai
Bertrand semakin menghampiri misinya untuk menguasai kemahiran terjunan dengan darjah kesukaran 3.7 dan 3.6 di pentas Sukan Olimpik Paris 2024.

Piala Dunia: Bertrand-Enrique duduki tempat kesembilan acara 10 meter platform seirama
Bertrand-Enrique mengumpul 353.67 mata selepas enam pusingan terjun manakala Yang Hao-Lian Junjie dinobat juara dengan meraih 457.23 mata.

Dhabitah tertekan diletakkan pada bukan acara utama
Dhabitah akui tetap berasa tertekan kerana merasakan usianya cenderung kepada kecederaan.

Skuad terjun tutup kempen di Doha dengan aksi mengecewakan
Skuad terjun negara hari ini menamatkan kempen Kejohanan Akuatik Dunia di Doha, Qatar tanpa membawa pulang sebarang pingat.

MS harap lima lagi penerjun layak ke Olimpik Paris
Persekutuan Renang Malaysia (MS) menyasarkan sekurang-kurangnya lima lagi atlet meraih tiket ke Sukan Olimpik Paris 2024.

Hanis Nazirul tangguh hasrat ke Olimpik
Penerjun kelahiran Kuala Lumpur itu mengakui beliau masih memerlukan masa untuk sesuaikan diri dengan acara papan anjal.