PHNOM PENH: Sukan SEA 2023 mungkin menjadi penampilan terakhir buat atlet wushu kebangsaan Wong Weng Son di temasya sukan dwitahunan itu selepas kempunan memenangi pingat emas yang amat diinginkan di sini, hari ini.
Juara dunia 2017 dalam acara jianshu itu mengakui kegagalan untuk menghadiahkan emas buat Malaysia selepas berusaha bersungguh-sungguh sepanjang lima edisi termasuk di sini, menyebabkannya mula tawar hati untuk terus bersaing di Sukan SEA.
Bagaimanapun, beliau mengharapkan kegagalan pada pertandingan pertamanya sejak pandemik COVID-19 itu terbalas dengan kilauan emas di pentas temasya Sukan Asia 2022 di Hangzhou, China dan Kejohanan Dunia di Amerika Syarikat, masing-masing dijadual pada September dan November depan.
"Memang ada rasa tawar hati, saya bertanya diri sendiri mengapa tak dapat emas dan masih perak? Adakah itu takdir Tuhan?.
"Jika ini takdir Tuhan saya terima. Saya tidak akan berputus asa kerana tahun ini masih ada Sukan Asia dan Kejohanan Dunia, harap-harap saya boleh dapatkan emas lagi di sana," katanya ketika ditemui di Pusat Konvensyen Chroy Changvar.
Selepas bertanding dalam lima edisi Sukan SEA bermula di Myanmar pada 2013, hasrat Weng Son untuk menikmati emas pertamanya tidak kesampaian apabila menamatkan final acara Taolu lelaki yang menggabungkan disiplin qiangshu dan jianshu di tempat kedua.
Weng Son yang mengumpul keseluruhan 19.103 mata terpaksa akur tewas kepada atlet Indonesia Muhammad Daffa Golden Boy yang merangkul emas dengan mengumpul 19.326 mata manakala gangsa milik Sandrex Navida Gainsan dari Filipina (18.926 mata).
"Saya tidak rasa terkilan cuma kesedihan itu memang ada kerana ini Sukan SEA kelima saya dan pingat perak keempat untuk saya, saya memang harapkan untuk dapatkan emas tapi nasib saya bukan hari ini," katanya.
Ketika ditanya adakah beliau mempunyai perancangan untuk bersara, beliau berkata perkara itu dalam pertimbangannya dan akan diputuskan selepas Sukan Asia dan Kejohanan Dunia tahun ini.
Beliau berkata walaupun sudah mencecah usia 31 tahun, keadaan tubuhnya masih kuat untuk bertanding, namun hanya semangat menjadi perbezaan.
"Memang badan saya boleh pergi lagi tetapi saya perlu ada semangat sebab dalam situasi sekarang yang tiada pingat emas ia membuatkan saya rasa down," kata atlet kelahiran Seremban, Negeri Sembilan itu.
Dalam pada itu, kem wushu turut meraih satu gangsa pada hari kedua saingan menerusi Pang Pui Yee dalam acara Taolu wanita yang menggabungkan disiplin jianshu dan qiangshu selepas mengumpul mata keseluruhan 18.246.
Pingat emas disambar atlet Vietnam Duong Thuy Vi yang meraih 19.229 mata sementara perak menjadi milik Sandy Oo dari Myanmar yang mengumpul 19.086 mata.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 11 2023
![Kempunan pingat emas: Weng Son tawar hati untuk terus bertanding di Sukan SEA Kempunan pingat emas: Weng Son tawar hati untuk terus bertanding di Sukan SEA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/51683792749_WongWengSon.jpg)
Hasrat Weng Son untuk menikmati emas pertamanya tidak kesampaian apabila menamatkan final acara Taolu lelaki yang menggabungkan disiplin qiangshu dan jianshu di tempat kedua. - Foto Bernama
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726067904_tbpoliovaccine.jpg)
WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.
![Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026 Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61735290530_TBrusia.jpg)
Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.
![Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739976606_Maldives.jpg)
Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.
![Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/41659697159_SergeiLavrov.jpg)
Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.
![Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61723697210_TBMiti.jpg)
Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.
![Alia Sazana cipta rekod Asia acara 25m pistol wanita Alia Sazana cipta rekod Asia acara 25m pistol wanita](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739744866_AliaSazana.jpg)
Alia Sazana cipta rekod Asia acara 25m pistol wanita
Alia Sazana membidik 44 hit daripada keseluruhan 50 target, memadam rekod 41 hit dicipta penembak Korea Selatan, Yang Jiin, pada 2024.
![Piala Presiden: 'Boy' cipta kejutan sambar emas di acara keirin Piala Presiden: 'Boy' cipta kejutan sambar emas di acara keirin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81737645212_RidwanSahrom.jpg)
Piala Presiden: 'Boy' cipta kejutan sambar emas di acara keirin
Muhammad Ridwan Sahrom mencipta kejutan dengan menyambar pingat emas pada Siri Tiga Piala Presiden hari ini.
![Khairunnisa kuasai scratch elit wanita Khairunnisa kuasai scratch elit wanita](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81736941004_TBKhairunnisa.jpg)
Khairunnisa kuasai scratch elit wanita
Pelumba berbasikal trek pelapis wanita negara Khairunnisa Aleeya Saifulnizam mempamerkan kayuhan bertenaga untuk memenangi perlumbaan scratch elit wanita pada Siri Trek ASEAN (Piala Presiden).
![Atlet silambam Malaysia raih 12 emas, juara keseluruhan Kejohanan Asia Atlet silambam Malaysia raih 12 emas, juara keseluruhan Kejohanan Asia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41735389116_AtletsilambamMalay.jpg)
Atlet silambam Malaysia raih 12 emas, juara keseluruhan Kejohanan Asia
Pasukan silambam Malaysia merangkul 12 pingat emas sekali gus muncul juara keseluruhan di Kejohanan Silambam Terbuka Asia di Qatar semalam.
![Apa kata cuba perkara baharu? - Thamaraj dedah punca sertai dunia persilatan Apa kata cuba perkara baharu? - Thamaraj dedah punca sertai dunia persilatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61735133781_tbVThamaraj.jpg)
Apa kata cuba perkara baharu? - Thamaraj dedah punca sertai dunia persilatan
V. Thamaraj muncul atlet silat berbangsa India pertama negara menyumbang kepada kejayaan yang menarik perhatian seluruh rakyat Malaysia.
![Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41734088286_TBMegatZulkarnain.jpg)
Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024
Pesaka meletakkan sasaran tujuh emas sama seperti edisi lepas bagi kontinjen pesilat negara yang akan membawa cabaran ke Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi.
![Malaysia sasar lima pingat emas di APDG ke-10 Malaysia sasar lima pingat emas di APDG ke-10](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61733175500_TBHannahYeoh.jpg)
Malaysia sasar lima pingat emas di APDG ke-10
Kontinjen Malaysia menyasarkan untuk merangkul lima pingat emas sebagai tuan rumah Kejohanan Sukan Orang Pekak Asia Pasifik (APDG) ke-10.
![Les Chanteurs raih Emas dan Perak di pertandingan koir antarabangsa Les Chanteurs raih Emas dan Perak di pertandingan koir antarabangsa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/71731224722_PasukanKoirLesCh.jpg)
Les Chanteurs raih Emas dan Perak di pertandingan koir antarabangsa
Pada hari pertandingan kedua pasukan mengenakan busana elegan dengan persembahan nyanyian yang harmoni dan lebih menarik berserta iringan body percussion.
![Malaysia raih sembilan emas di Kejohanan Remaja Dunia Malaysia raih sembilan emas di Kejohanan Remaja Dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51727600325_PasukanwusyuMalays.jpg)
Malaysia raih sembilan emas di Kejohanan Remaja Dunia
Malaysia menamatkan saingan Kejohanan Wusyu Remaja Dunia 2024 di Bandar Seri Begawan, Brunei dengan cemerlang apabila memenangi keseluruhan sembilan emas, 11 perak dan lima gangsa.
![Para SUKMA: Medan 'memburu' bakat baharu ke temasya antarabangsa Para SUKMA: Medan 'memburu' bakat baharu ke temasya antarabangsa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/41726916529_PARA.jpg)
Para SUKMA: Medan 'memburu' bakat baharu ke temasya antarabangsa
Temasya Para Sukan Malaysia (Para SUKMA) 2024 bermula esok hingga Sabtu depan di sini bakal menjadi medan pencarian bakat-bakat baharu dari golongan orang kurang upaya (OKU) yang penting buat negara.