BRAZIL telah memanggil penyerang remaja Real Madrid, Endrick, untuk menggantikan Neymar yang tercedera menjelang kelayakan Piala Dunia bulan ini.

Penyerang Santos, Neymar bersedia untuk kembali ke pangkuan skuad Brazil buat kali pertama sejak mengalami kecederaan lutut serius dalam tugasan antarabangsa pada akhir 2023.

Bagaimanapun, pemain berusia 33 tahun itu terpaksa diketepikan daripada kelayakan Piala Dunia menentang Colombia dan Argentina akibat masalah otot.

Ketua jurulatih Selecao, Dorival Junior, juga telah memanggil pertahanan Flamengo, Alex Sandro, bagi menggantikan Danilo, dan penjaga gol Lyon, Lucas Perri, sebagai pengganti kepada tonggak Manchester City, Ederson.

"Sejak beberapa hari kebelakangan ini, jabatan perubatan pasukan kebangsaan Brazil telah mengemas kini situasi semua pemain terutama Danilo, Neymar dan Ederson," kata Dorival Junior dalam satu kenyataan CBF.

“Selepas penilaian, jabatan perubatan pasukan kebangsaan mengemas kini situasi setiap pemain.

"Jadi kami memanggil Lucas Perri dari Lyon, Alex Sandro daripada Flamengo dan Endrick daripada Real Madrid."