Pemain di bawah naungan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) perlu memastikan prestasi mereka sentiasa meningkat bagi mengelakkan tersingkir selepas pelaksanaan 'jendela penyingkiran' tahun depan.
Presiden BAM, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria berkata 'jendela penyingkiran' itu akan dilaksanakan dua kali setahun iaitu bermula Februari 2018 untuk permulaan dan jendela kedua pada Ogos.
Katanya, keputusan untuk mewujudkan sistem penyingkiran itu telah dipersetujui dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kejurulatihan dan Latihan (C&T).
Justeru, bagi pelaksanaan 'jendela penyingkiran' itu, semua ketua jurulatih di lima bahagian perlu mewujudkan ranking para pemain bagi menilai prestasi mereka dari semasa ke semasa.
"Bermula 2018, kita akan ada dua jendela iaitu untuk mengeluarkan pemain yang tidak berprestasi baik dan menggantikan dengan pemain yang baharu.
"Sebab itu kita mahu ketua jurulatih melakukan ranking dalaman...dengan ranking dalaman ketua-ketua jurulatih dapat mengenal pasti prestasi pemain-pemain," katanya.
Selain itu, Mohamad Norza berkata BAM juga bersetuju untuk mengadakan garis panduan penyertaan kejohanan berdasarkan prestasi semasa para pemain.
Beliau berkata bagi pemain yang berada di ranking 1 hingga 72 akan dibenarkan menyertai minimum 12 kejohanan manakala yang berada di ranking 73 ke bawah sebanyak 10 kejohanan.
"Pemain berprestasi tinggi akan diberikan peluang untuk menyertai lebih banyak kejohanan manakala pemain yang tidak menyerlah akan dipulihkan bagi mengenal pasti tahap prestasi mereka di setiap kejohanan.
"Kita juga akan bersama ketua-ketua jurulatih akan menetapkan petunjuk prestasi utama (KPI) pemain berdasarkan ranking mereka semasa menyertai kejohanan. Contohnya, untuk yang berada dalam empat teratas perlu layak ke separuh akhir dan yang lapan teratas perlu layak ke suku akhir," katanya.
Sementara itu, Mohamad Norza berkata Setiausaha Kehormat BAM Datuk Ng Chin Chai dipertanggungjawabkan untuk menjadi perantara di antara ketua jurulatih dan jawatankuasa.
Katanya, Chin Chai diberi mandat untuk sentiasa mengadakan perbincangan dengan ketua-ketua jurulatih mengenai perancangan dan keperluan mereka bagi memantapkan perancangan masing-masing.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 07 2017
![BAM laksana 'jendela penyingkiran' tahun depan BAM laksana 'jendela penyingkiran' tahun depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-10/51444096155_Badminton.jpg)
Bagi pelaksanaan 'jendela penyingkiran', semua ketua jurulatih badminton di lima bahagian perlu mewujudkan ranking para pemain bagi menilai prestasi mereka. - Gambar hiasan
![Kematian Nidza Afham tiada unsur jenayah - Polis Kematian Nidza Afham tiada unsur jenayah - Polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61723716849_TBNidzaAfham.jpg)
Kematian Nidza Afham tiada unsur jenayah - Polis
Siasatan kes kematian Muhammad Nidza Afham tidak menemui sebarang unsur jenayah dan ia diklasifikasikan sebagai sebagai mati mengejut (SDR).
![Pelajar tukar kod QR curi duit tabung derma Pelajar tukar kod QR curi duit tabung derma](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51723704365_QRCode.jpg)
Pelajar tukar kod QR curi duit tabung derma
Tindakan seorang pelajar jurusan undang-undang menukar kod QR peribadi pada tabung derma sebuah kuil akhirnya terbongkar apabila dia berjaya ditangkap polis baru-baru ini.
![Jepun tamatkan amaran gempa bumi mega Jepun tamatkan amaran gempa bumi mega](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41723715377_TBJapan.jpg)
Jepun tamatkan amaran gempa bumi mega
Jepun pada Khamis menamatkan nasihat risiko gempa bumi dengan magnitud yang lebih tinggi daripada biasa, seminggu selepas gegaran kuat di dasar laut Palung Nankai.
Fahmi nafi arah Google nyahaktif ciri graf penukar ringgit
Menjawab tuduhan seorang pengguna X, Ahli Parlimen Lembah Pantai itu menerusi platform sama menegaskan beliau tidak pernah mengarahkan penyedia perkhidmatan itu berbuat demikian.
![Tular rakaman CCTV, suspek pecah rumah di Sentul ditahan Tular rakaman CCTV, suspek pecah rumah di Sentul ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61723715171_TBIPDSentul.jpg)
Tular rakaman CCTV, suspek pecah rumah di Sentul ditahan
Polis menahan seorang lelaki dipercayai terlibat dalam sembilan kes pecah rumah di Residensi Sky Awani 1 dan 2 di Sentul.
!['Stringer' raih banyak faedah sekiranya mencarum dengan Perkeso 'Stringer' raih banyak faedah sekiranya mencarum dengan Perkeso](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723710107_TBFAhmi.jpg)
'Stringer' raih banyak faedah sekiranya mencarum dengan Perkeso
Pengamal media sambilan yang mencarum dengan Perkeso akan dilindungi dan menerima banyak faedah sekiranya berlaku kemalangan ketika menjalankan tugas.
![Jemaah umrah terkandas di lapangan terbang Jeddah mahu penjelasan MAS Jemaah umrah terkandas di lapangan terbang Jeddah mahu penjelasan MAS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41723715159_jeddahkandasawani.jpg)
Jemaah umrah terkandas di lapangan terbang Jeddah mahu penjelasan MAS
Beberapa penumpang menunggu lebih 24 jam untuk mendapatkan penjelasan lanjut daripada pengurusan MAB namun terus hampa.
![Kerajaan Persekutuan, negeri perlu tingkat kepantasan beri kelulusan untuk tarik pelabur - PM Anwar Kerajaan Persekutuan, negeri perlu tingkat kepantasan beri kelulusan untuk tarik pelabur - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41723712785_AnwarIbrahim.jpg)
Kerajaan Persekutuan, negeri perlu tingkat kepantasan beri kelulusan untuk tarik pelabur - PM Anwar
Kerajaan Persekutuan, negeri perlu meningkatkan kepantasan dalam memberi kelulusanbagi menjadikan Malaysia tumpuan pelabur.
![Pemandu maut lori terbalik, kesesakan 2 jam di Lebuhraya PLUS Ipoh-Kuala Kangsar Pemandu maut lori terbalik, kesesakan 2 jam di Lebuhraya PLUS Ipoh-Kuala Kangsar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71723712690_kemalangantrelerP.jpg)
Pemandu maut lori terbalik, kesesakan 2 jam di Lebuhraya PLUS Ipoh-Kuala Kangsar
Seorang pemandu lori maut manakala kelindan cedera selepas kenderaan yang mereka naiki terbabas lalu terbalik di Kilometer 257 Lebuhraya PLUS arah utara, dekat sini, petang ini.
RADIO 360: Integrasi teknologi kumpul maklumat pendengar, data lebih komprehensif
RADIO 360 Malaysia merentasi 11 stesen radio Astro yang boleh diakses di aplikasi SYOK termasuk Era, Sinar, Gegar, Hitz, Mix, My dan Raaga.
![Olimpik Paris 2024: Zii Jia sumbang pingat kedua untuk Malaysia Olimpik Paris 2024: Zii Jia sumbang pingat kedua untuk Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81722869489_LeeZiiJia.jpg)
Olimpik Paris 2024: Zii Jia sumbang pingat kedua untuk Malaysia
Jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia berjaya meraih pingat kedua untuk negara di Sukan Olimpik Paris selepas menewaskan Lakshya Sen dari India di Porte de La Chapelle Arena, malam ini.
![Olimpik Paris 2024: Aaron-Wooi Yik tidak sangka mampu bangkit Olimpik Paris 2024: Aaron-Wooi Yik tidak sangka mampu bangkit](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81722812104_Badminton.jpg)
Olimpik Paris 2024: Aaron-Wooi Yik tidak sangka mampu bangkit
Aaron Chia-Soh Wooi Yik tidak sngka mampu bangkit dari ambang kekalahan untuk menghadiahkan pingat pertama buat Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024.
![Olimpik Paris 2024: Pearly-Thinaah harap perjalanan bersejarah mereka cetus inspirasi Olimpik Paris 2024: Pearly-Thinaah harap perjalanan bersejarah mereka cetus inspirasi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81722722068_PearlyTanThinaah.jpg)
Olimpik Paris 2024: Pearly-Thinaah harap perjalanan bersejarah mereka cetus inspirasi
Pearly Tan-Thinaah harap pencapaian mereka untuk mara sehingga separuh akhir Sukan Olimpik Paris 2024 dapat mencetuskan inspirasi kepada 'adik-adik' lain.
![Paris 2024: Beraksi di Kota Cinta, Huang Yaqiong terima lamaran selepas menang emas Paris 2024: Beraksi di Kota Cinta, Huang Yaqiong terima lamaran selepas menang emas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71722649315_tbOlimpikParis.jpg)
Paris 2024: Beraksi di Kota Cinta, Huang Yaqiong terima lamaran selepas menang emas
Gandingan nombor satu China itu menoktahkan kemenangan dalam straight set menewaskan lawan dari Korea Selatan, Kim Won Ho-Jeong Na Eun.
![Olimpik Paris 2024: Kem badminton berdepan Tembok Besar China, Vikings Olimpik Paris 2024: Kem badminton berdepan Tembok Besar China, Vikings](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51722551355_MenaraEiffel.jpg)
Olimpik Paris 2024: Kem badminton berdepan Tembok Besar China, Vikings
Namun, ketiga-tiga wakil itu berdepan cabaran lebih sengit pada Jumaat apabila berdepan halangan daripada Tembok Besar China.
![Perlawanan badminton Israel lawan Nepal disiarkan secara tidak sengaja - RTM Perlawanan badminton Israel lawan Nepal disiarkan secara tidak sengaja - RTM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61722548098_RTMRadioTelevisy.jpg)
Perlawanan badminton Israel lawan Nepal disiarkan secara tidak sengaja - RTM
Radio Televisyen Malaysia (RTM) telah mengambil tindakan segera dengan menukar siaran ke acara lain iaitu bola baling.
![Olimpik Paris 2024: Zii Jia mara ke suku akhir, tumpaskan Popov di laman sendiri Olimpik Paris 2024: Zii Jia mara ke suku akhir, tumpaskan Popov di laman sendiri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71722517752_TBLeeZiiJiaBAM.jpg)
Olimpik Paris 2024: Zii Jia mara ke suku akhir, tumpaskan Popov di laman sendiri
Pemain perseorangan negara, Lee Zii Jia menepati ramalan dengan mara ke peringkat suku akhir badminton Sukan Olimpik Paris 2024.
![Olimpik Paris 2024: Tangisan, kecederaan tutup tirai hari kelima kontinjen Malaysia Olimpik Paris 2024: Tangisan, kecederaan tutup tirai hari kelima kontinjen Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71722470683_ChenTanJieTohEeWei.jpg)
Olimpik Paris 2024: Tangisan, kecederaan tutup tirai hari kelima kontinjen Malaysia
Cabaran kontinjen Malaysia pada Khamis masih akan tertumpu di Porte de La Chapelle Arena.
![Olimpik Paris 2024: Aaron-Wooi Yik hadapi laluan berliku di suku akhir Olimpik Paris 2024: Aaron-Wooi Yik hadapi laluan berliku di suku akhir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61722459598_AaronChiaSohWooiYi.jpg)
Olimpik Paris 2024: Aaron-Wooi Yik hadapi laluan berliku di suku akhir
Aaron Chia-Soh Wooi Yik bakal mengharungi laluan berliku di pentas suku akhir pada Sukan Olimpik Paris 2024 apabila diundi menentang jaguh India, Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty.
![Paris 2024: Tang Jie-Ee Wei jumpa Won Ho-Na Eun di suku akhir Paris 2024: Tang Jie-Ee Wei jumpa Won Ho-Na Eun di suku akhir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41722304351_Badminton.jpg)
Paris 2024: Tang Jie-Ee Wei jumpa Won Ho-Na Eun di suku akhir
Pasangan nombor sembilan dunia itu bakal menentang gandingan nombor lapan dunia dari Korea Selatan, Kim Won Ho-Jeong Na Eun, Rabu ini.