Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, justeru polis mengklasifikasikan kes itu sebagai mati mengejut (SDR).
Menurutnya, punca kematian adalah pending laboratory investigation (menunggu siasatan makmal) dan tiada lain-lain kecederaan fizikal.
"Keputusan ini diperolehi selepas bedah siasat selama empat jam yang bermula pukul 11 pagi hari ini (Khamis)," katanya dalam kenyataan di sini, pada Khamis.
Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta tampil menyalurkannya kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan di talian 03-33762222 atau mana-mana balai polis berhampiran.
Pada Rabu, mayat Nidza Afham ditemukan pemancing kira-kira pukul 7 malam iaitu kira-kira satu kilometer dari lokasi dilaporkan hilang di Jambatan Kota, Klang.
Mayatnya kemudiannya dibawa ke Hospital Shah Alam untuk bedah siasat.
Dompet dan telefon bimbitnya ditemui di Jambatan Sungai Klang.
Nidza Afham sebelum ini dilaporkan hilang 7.45 petang Rabu selepas keluar berjoging di Stadium Sulaiman, Klang.
Nidza Afham yang juga abang kepada penyanyi, Aufahanie, pernah menyertai rancangan realiti I Can See Your Voice 3, sebelum melancarkan single berjudul Ternyata Bukan Aku.