Menurut Effie, dia mendapati terlalu banyak rekaan cerita tidak benar mengenai arwah yang dicipta di media sosial.
Malah, Effie turut berharap semua pihak berkata dan mendoakan yang terbaik.
“Terlalu banyak rekaan spekulasi, konspirasi dan kronologi netizen semua. Jaga diri semua, jaga diri, jaga diri dan tolong jaga diri baik baik.
“Berkatalah benda benda yang baik. Bila kita jadi baik nanti ramai sayang, Allah pun sayang,” tulisnya.
Tambah Effie lagi, dia reda dengan pemergian Nidza malah menyifatkan adik iparnya itu seorang yang baik.
“Abang Effy redha, Am. Al-Fatihah. Kau budak baik, sangat baik,” kongsinya.
Terdahulu, Afham yang aktif membuat persembahan dilaporkan hilang selepas keluar berjoging di Stadium Sultan Suleiman, Klang seorang diri pada Selasa malam.
Teman wanita mangsa kemudiannya mengesan telefon bimbit mangsa berdekatan jambatan Sungai Klang selepas gagal dihubungi.
Susulan itu, keluarga mangsa bergegas ke tempat kejadian turut menemui telefon bimbit dan dompet milik mangsa.
Pada Rabu, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, mengesahkan mayat lelaki yang ditemui di sekitar jambatan Sungai Klang kira-kira jam 7 malam adalah Nidza Afham.
Mayat mangsa ditemui oleh orang awam yang sedang memancing di kawasan berkenaan.
Jenazah melalui proses bedah siasat sebelum dikebumikan pada Khamis Tanah Perkuburan Islam Felda Bukit Cerakah. - Gempak