Pemandu yang tersepit disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kemalangan itu jam 1.57 tengah hari.
“Kemalangan melibatkan sebuah lori jenis Hino terbabas, lalu terbalik dan melibatkan dua mangsa.
“Seorang lelaki tersepit di tempat duduk pemandu dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pihak perubatan manakala seorang lagi lelaki yang duduk di bahagian tempat duduk penumpang mengalami cedera ringan,” katanya dalam kenyataan di sini.
Sementara itu, PLUS menerusi platform X memaklumkan kemalangan itu menyebabkan semua lorong arah ke utara terhalang menyebabkan kesesakan lebih dua jam dari Ipoh ke Kuala Kangsar.
Pihak PLUS menasihatkan pengguna lebuh raya supaya merancang perjalanan dan menggunakan laluan alternatif.