PEP GUARDIOLA menyifatkan pertembungan Manchester City dengan Arsenal minggu hadapan sebagai 'final' dalam perebutan mahkota Liga Perdana Inggeris musim ini.
Erling Haaland menyamai rekod 38 gol musim Mohamed Salah dengan menjaringkan dua gol semasa kemenangan 3-1 ke atas Leicester City, menjadikan jumlah keseluruhannya menjadi 32 gol dengan baki lapan perlawanan.
Aksi paling penting bakal kunjung tiba apabila Arsenal bertandang di Stadium Etihad 27 April, aksi yang mungkin mempunyai implikasi serius di mana gelaran itu berakhir.
"Ia dilihat sebagai perlawanan akhir bagi mengejar gelaran liga kerana jika anda kalah dalam perlawanan ini, gelaran EPL sudah pasti bakal menjadi milik Arsenal.
"Semoga kami boleh tiba dengan peluang untuk berada di sana.
"Menang, menang dan menang. Mereka telah melakukan aksi yang luar biasa dan saya tidak fikir mereka akan kehilangan banyak mata jadi penting untuk kami mendapatkan kemenangan dalam perlawanan tersebut," kata Guardiola.
Haaland diberi rehat pada separuh masa dan terlepas peluang untuk menjaringkan hatrik ketujuh dalam kempen sulung di England.
Pemain berusia 22 tahun itu dilihat ketawa dan bergurau dengan rakan sepasukannya di bangku simpanan ketika City menyaksikan kemenangan ke-10 berturut-turut dalam semua pertandingan.
"Saya mahu dia dapat memecahkan semua rekod -- itu bermakna dia menjaringkan banyak gol. Itu membantu, tetapi saya fikir apa yang dia mahukan ialah memenangi gelaran.
"Namun kami perlu bermain lapan perlawanan dan dia hampir bermain kesemuanya," tambah Guardiola.
Astro Arena
Sun Apr 16 2023
Aksi paling penting bakal kunjung tiba apabila Arsenal bertandang di Stadium Etihad 27 April, aksi yang mungkin mempunyai implikasi serius di mana gelaran itu berakhir. - StadiumAstro
Dialog Tiga Penjuru: Titah addendum | Dialog tiga peguam
Apa yang boleh kita fahami tentang titah adendum, kuasa prerogatif YDPA dan fungsi Lembaga Pengampunan? Salah tafsir peruntukan undang-undang punca menimbulkan persepsi dan persoalan yang sering dipolitikkan? Tiga peguam berkongsi ‘ilmu perundangan’ dalam Dialog Tiga Penjuru, Khamis 8.30 malam
Pasaran getah ditutup lebih tinggi susulan trend serantau, kestabilan harga minyak
Pasaran getah tempatan ditutup lebih tinggi pada hari ini selepas disokong oleh aliran menaik dalam pasaran niaga hadapan getah serantau dan penanda aras harga minyak mentah yang stabil.
KPDN Pulau Pinang rampas pelbagai barangan bernilai RM3.31 juta sepanjang 2024
KPDN Pulau Pinang merampas barangan bernilai RM3.31 juta melalui operasi dan pemeriksaan yang dijalankan di 52,473 premis perniagaan seluruh negeri, tahun lepas.
Polis rampas pelbagai dadah bernilai lebih RM13.59 juta, berkas 5 individu
Polis merampas pelbagai jenis dadah bernilai lebih RM13.59 juta dan memberkas lima individu berkaitan sindiket pengedaran dadah yang aktif sejak September tahun lepas.
Tiada sijil halal, pemilik restoran dakwa pelanggan suruh tampal label 'Muslim Kitchen'
Ibarat menjadi trend, restoran dimiliki bukan Muslim cuba menarik pelanggan orang Islam dengan menggunakan simbol mesra Muslim seperti masjid.
Warga Bangladesh didakwa beri rasuah kepada inspektor polis
Seorang penjual kelapa warga Bangladesh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan memberi suapan wang tunai RM3,900 kepada seorang pegawai polis, minggu lepas.
Titah Adendum: ‘Tahu ke tak tahu?’, Dialog Tiga Penjuru di Astro AWANI malam ini jadi ‘Dialog Tiga Peguam’
Saksikan Dialog Tiga Penjuru di Astro AWANI 8.30 malam ini, Khamis 9 Januari 2025.
Kiosk Sentuhan MADANI permudah akses perkhidmatan kerajaan
Enam kiosk digital Sentuhan Madani dilancarkan di Pusat Beli-belah Alamanda menawarkan akses mudah kepada orang ramai kepada perkhidmatan kerajaan di luar waktu pejabat.
Bekas eksekutif kanan perakaunan dan pentadbiran didakwa pecah amanah lebih RM100,000
Seorang bekas eksekutif kanan perakaunan dan pentadbiran di sebuah syarikat korporat mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan pecah amanah wang syarikat berjumlah RM1
Polis bongkar kegiatan bitcoin, berkas tiga lelaki warga tempatan
Polis berjaya membongkar kegiatan perlombongan bitcoin dalam satu operasi yang dijalankan di lima premis perniagaan di daerah Sepang.
"Saya tidak cukup bagus" - Guardiola
Guardiola yang menyaksikan City mencipta 10 peluang percaya dia bukanlah orang yang tepat untuk memimpin City berdasarkan kemerosotan mereka baru-baru ini.
Prestasi Manchester City kembali 'yoyo'
Haaland mengetuai kebangkitan City apabila menyamakan kedudukan pada minit ke-30 untuk mengikat separuh masa pertama dengan keputusan 1-1.
'Kelab kecil dari Johor ini nombor satu di Asia Tenggara' - TMJ
TMJ menjelaskan walaupun daripada rantau Asia tetapi kecanggihan infrastruktur membuktikan pasukannya di landasan kejayaan.
EPL: Tak pernah seperti ini - Guardiola
Catatan lima kekalahan berturut-turut dalam semua pertandingan merupakan rekod paling teruk dalam karier pengendali dari Sepanyol itu.
Jika Man City dihukum, saya akan tetap kekal bersama pasukan -- Guardiola
Guardiola tandatangani lanjutan kontrak baru dua tahun, menamatkan spekulasi mengenai perjanjian semasa yang akan tamat akhir musim ini.
Guardiola lanjut kontrak dua tahun lagi bersama Manchester City
Lanjutan kontrak itu menjadikannya pengurus City yang paling lama berkhidmat sejak Les McDowall pada 1963.
UNL: Pep Guardiola 'tidak gembira' Jack Grealish tersenarai dalam skuad England
Pep Guardiola, tidak berpuas hati apabila nama Jack Grealish tersenarai dalam skuad England menjelang saingan Liga Negara-Negara UEFA (UNL), November ini.
EPL: Kami tewas sekali lagi, kata Pep Guardiola kecewa
Ini kali pertama jurulatih kelahiran Sepanyol itu tewas dalam empat perlawanan sepanjang karier pengurusannya.
City tidak mampu tangani Bournemouth - Guardiola
Pep Guardiola mengakui Manchester City 'tidak dapat menangani' intensiti Bournemouth selepas tewas 2-1.
EPL: Stuart Pearce 'tidak terkejut' jika Pep Guardiola tinggalkan Manchester City
Bekas jurulatih West Ham, Stuart Pearce, tidak akan berasa terkejut sekiranya musim 2024/2025 merupakan tahun terakhir Pep Guardiola bersama Manchester City.