Ini merupakan kali pertama jurulatih kelahiran Sepanyol itu tewas dalam empat perlawanan sepanjang karier pengurusannya, manakala kali terakhir City mengalami situasi sama ketika dibawah kendalian Stuart Pearce pada 2006.
Untuk rekod, City telah melepaskan 10 gol dalam siri empat kali tewas mereka dengan ketiga-tiga kekalahan mereka baru-baru ini adalah dalam kejohanan berbeza dengan mereka mula tewas ketika berdepan Tottenham dalam pusingan 16 terbaik Piala EFL sebelum diikuti dimalukan Bournemouth dalam kancah Liga Perdana Inggeris (EPL) DAN Sporting CP dalam aksi Liga Juara-Juara UEFA (UCL).
"Kami beraksi dengan baik dalam separuh masa pertama dan beberapa kali dalam baki 45 minit lagi. Kami tewas sekali lagi, jadi kami perlu kosongkan fikiran, ada rehat antarabangsa dan semoga pemain kami kembali cergas.
"Kami perlu cuba untuk menang sekali lagi. Empat kekalahan berturut-turut, kami perlu mengubah keadaan ini dengan segera.
"Jadual perlawanan semakin sukar. Mungkin selepas tujuh tahun, akan memenangi enam trofi EPL, mungkin dalam satu tahun, pasukan lain lebih layak. Kita lihat nanti." katanya. - Stadium Astro