Pemain The Magpies dari Brazil, Bruno Guimaraes, muncul wira apabila meledak jaringan kemenangan minit ke-63.
Kemenangan ini bukan sekadar tiga mata sebaliknya bukti bahawa anak buah Eddie Howe masih belum mengalah untuk beraksi di Liga Juara-Juara musim depan.
"Kami mahu berjuang untuk Liga Juara-Juara sekali lagi," tegas Guimaraes, yang mengakui final Piala Liga berdepan Liverpool di Stadium Wembley pada 17 Mac sedikit mengganggu fokus pasukan.
Namun, di London, The Magpies menunjukkan disiplin dan ketajaman yang luar biasa bermula gerak Harvey Barnes, yang memberikan umpanan cantik untuk Guimaraes menjaringkan gol kemenangan.
West Ham bimbingan Graham Potter, yang berhasrat untuk meneruskan rentak kemenangan ke atas Leicester City pada Jumaat, kelihatan tumpul dan kurang bersemangat sepanjang perlawanan.
Newcastle, dengan 47 mata, kini bersaing sengit dengan Manchester City dan hanya dua mata di belakang Chelsea manakala West Ham, di tangga ke-16 dengan 33 mata. - Sinar Harian
