Catatan lima kekalahan berturut-turut dalam semua pertandingan merupakan rekod paling teruk dalam karier pengendali dari Sepanyol itu.
Astro Arena
Mon Nov 25 2024
Reaksi Guardiola ketika perlawanan EPL antara Manchester City dan Tottenham di Stadium Etihad, Manchester, England, 24 Nov 2024. (Foto AP)
PEP Guardiola mengakui dia terkejut dengan kemerosotan prestasi Manchester City kebelakangan ini apabila menghadapi situasi paling sukar sejak mengambil alih jawatan ketua jurulatih pasukan itu.
Catatan lima kekalahan berturut-turut dalam semua pertandingan merupakan rekod paling teruk dalam karier pengendali dari Sepanyol itu.
Perbezaan sebanyak lapan mata menjarakkan kedudukan di antara juara Liga Perdana Inggeris (EPL) itu dengan pendahulu carta, Liverpool.
Tewas kepada kelab EPL tiga kali berturut-turut merupakan pencapaian terburuk Man City sejak 2016 di bawah kendalian Manuel Pellegrini.
PEP GUARDIOLA HAS LOST FIVE MATCHES IN A ROW FOR THE FIRST TIME IN HIS MANAGERIAL CAREER pic.twitter.com/wCuPzXhph1
"Dalam masa lapan tahun, kami tidak pernah mengalami perkara sebegini. Lambat-laun pasti kami akan jatuh.
"Sejujurnya saya tidak pernah menjangka kami akan tewas tiga kali berturut-turut. Saya tidak boleh menafikan realiti yang berlaku dalam bola sepak," katanya semalam.