SPRM dalam kenyataan memaklumkan bilik gerakan SPRM bagi PRK berkenaan yang ditempatkan di SPRM Negeri Selangor, di Shah Alam, beroperasi 24 jam bermula hari ini sehingga 11 Mei.
"Selain itu, orang ramai juga boleh menyalurkan sebarang aduan rasuah dan salah guna kuasa melalui e-mel prk2024_sel@sprm.gov.my atau menghubungi talian 03-5528318 atau 03- 55256500," menurut kenyataan itu.
SPRM turut mengingatkan semua calon dan parti politik yang bertanding agar tidak melakukan aktiviti yang melanggar undang-undang dan peraturan pilihan raya, selaras dengan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.
-- BERNAMA