ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 11 Mei 2024.


1. Pertukaran, bayaran balik tiket Piala Sumbangsih bermula esok hingga Selasa

Pertukaran dan bayaran balik tiket perlawanan pembukaan Liga Super Malaysia dan Piala Sumbangsih antara Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Selangor FC yang dibatalkan semalam boleh dibuat mulai esok hingga Selasa.



2. Fotofit suspek simbah asid sedang disiapkan - KPN

Polis dalam proses menyiapkan lakaran wajah atau fotofit suspek kes simbah asid membabitkan tonggak bola sepak Selangor FC, Faisal Halim, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain.
 

3. 26 motosikal musnah dalam kebakaran di kawasan parkir asrama UniMAP

Sebanyak 26 motosikal musnah dan 10 lagi mengalami kerosakan kecil selepas kawasan parkir asrama lelaki Universiti Malaysia Perlis di Pauh, Arau terbakar awal pagi tadi.


4. Guru tampar, cekik murid ditempatkan di Pejabat Pendidikan Islam daerah - Exco

berhubung perkara tersebut telah pun dibuat Pejabat Pendidikan Islam daerah berkenaan dan mereka sedia memberikan kerjasama penuh kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM).


5. Faizal Azumu nafi kenyataan tular isu calon PM

Kenyataan yang terkait mengenai kekesalannya terhadap penjelasan Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man mengenai isu tersebut adalah tidak benar.


6. Keselamatan pemain jadi keutamaan sepanjang musim Liga Malaysia - Saifuddin Nasution

Beliau berkata sepanjang tempoh itu mereka tidak perlu berasa bimbang tentang keselamatan susulan kes serangan melibatkan tiga pemain bola sepak baru-baru ini.


7. PRK KKB: PH pertahan Kuala Kubu Baharu, majoriti 3,869 undi

Pakatan Harapan (PH) menerusi calon mereka, Pang Sock Tao memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu.


8. TH diarah siasat 300 jemaah haji terkandas di Makkah - Mohd Na'im

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar berkata Lembaga Tabung Haji (TH) telah diarah untuk menyiasat insiden 300 bakal jemaah terkandas di Makkah akibat terpedaya dengan pakej haji murah yang ditawarkan agensi pelancongan tidak bertanggungjawab.


9. Sheriff: Raih RM55 juta, cipta fenomena tersendiri!

FILEM aksi terhebat karya pengarah, Syafiq Yusof, Sheriff kini sudah meraih kutipan RM55 juta!


10. Pelbagai inisiatif bukti kerajaan serius pacu perkembangan AI

Keupayaan sesebuah negara melaksanakan transformasi digital dan mengadaptasi teknologi kecerdasan buatan (AI) dalam merangsang inovasi dan meningkatkan produktiviti serta daya saing kini menjadi antara kayu ukur dalam menarik pelaburan asing.