Kongres Nasional Tahunan Anggota Muda Keadilan (AMK) 2019 akan dirasmikan Pengerusi Majlis Penasihat PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada 6 Disember depan.
Jelas Ketua AMK, Akmal Nasrullah Mohd Nasir keputusan dicapai dalam Mesyuarat Pimpinan Pusat AMK yang berlangsung di Ibu Pejabat PKR pada Ahad.
“Keputusan yang telah dicapai organisasi, keputusan tertinggi dibuat majlis pimpinan pusat, ketetapan itu telah dibuat. Maka kita akan meneruskan kongres kali ini dengan Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri (merasmikannya),” katanya pada sidang media di sini hari ini.
Jelasnya, isu perasmi Kongres Nasional AMK seperti yang dibangkitkan oleh beberapa pihak sebelum ini tidak timbul dan ia perlu mengikut saluran yang betul.
“Isu itu adalah kelaziman, dalam keadaan sekarang sokongan rakyat perlu diberi penekanan serius. Maksudnya platform AMK ini adalah salah satu lagi platform dalam pakatan PH untuk menyuarakan isu anak muda.
“Walaupun dilihat berbeza sikit, tapi bukan kali pertama perasmian AMK dan Wanita, perasmi itu tidak terikat dengan mana-mana jawatan. Bukan soal kenapa kali ini berubah, tetapi di peringkat kepimpinan kita hendak pastikan agenda anak muda diangkat lebih jauh. Dengan hasrat untuk tunjuk Keadilan adalah gabungan terkuat dalam Pakatan Harapan (PH) dan kita hendak bagi komitmen,” ujar Akmal dalam sidang media.
Malah jelasnya, tidak seharusnya wujud usaha untuk menggagalkan dan memesongkan tujuan utama Kongres AMK itu.
Kongres Nasional Tahunan AMK 2019 akan berlangsung di Melaka International Trade Centre (MITC) pada 6 Disember depan.
Fareez Azman
Sun Nov 24 2019

Jelas Ketua AMK, Akmal Nasrullah Mohd Nasir keputusan dicapai dalam Mesyuarat Pimpinan Pusat AMK yang berlangsung di Ibu Pejabat PKR pada Ahad. - Foto Astro AWANI/Fareez Azman

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

PETRA serah enam projek siap bernilai RM186.1 juta kepada Johor
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) hari ini menyerahkan enam projek siap bernilai RM186.1 juta kepada kerajaan Johor.

AIR 2040: Integrasi agensi pacu pelbagai sektor, manfaat untuk negara
Ini membolehkan agenda nasional seperti Pelan Hala Tuju Transformasi Air dilaksanakan dengan lebih mudah dan bersepadu.

Tunggakan bil elektrik cecah RM1.01 bilion - Akmal Nasir
Jumlah akaun dan tunggakan bil elektrik yang terlibat dalam proses pemotongan bekalan terus meningkat.

Usaha cekap tenaga Malaysia jimatkan elektrik 5.82 peratus setakat Jun 2024 - TPM Fadillah
Malaysia mencapai kejayaan penting dalam kecekapan tenaga, yang telah diumumkan sebagai bahan api pertama peralihan tenaga.

Perubahan corak, magnitud musim tengkujuh tingkat cabaran pengurusan banjir
PETRA beri tumpuan kepada perlaksanaan projek infrastruktur dan langkah mitigasi untuk mengeluarkan air dari kawasan banjir dengan segera.

Pembenihan awan belum berjaya tingkat paras air Empangan Muda, Bukit Merah
Operasi Pembenihan Awan yang dilaksanakan semalam belum berjaya meningkatkan paras air di Empangan Muda di Kedah dan Empangan Bukit Merah, Perak.

Empat lagi Empangan Sabo akan dibina tahun ini
Akmal Nasrullah berkata empangan itu akan dibina di Negeri Sembilan, Terengganu, Pahang dan Sabah.

Kerajaan peruntuk RM206.8 juta bangunkan infrastruktur air di Johor
Kerajaan memperuntukkan RM206.8 juta bagi pembangunan infrastruktur berkaitan air di Johor meliputi 22 projek sambungan dan lapan projek baharu.

15 syarikat dipilih laksana projek RTB di tujuh negeri
Lima belas syarikat dipilih bagi melaksanakan projek-projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) di tujuh negeri yang telah dikenal pasti.

Pelbagai mitigasi dilaksana untuk atasi isu gangguan bekalan air di Seberang Perai Selatan
Langkah-langkah mitigasi yang diambil mampu menyelesaikan masalah gangguan bekalan air secara jangka pendek dan panjang.