PUTRAJAYA: Lima belas syarikat dipilih bagi melaksanakan projek-projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) di tujuh negeri yang telah dikenal pasti memerlukan penumpuan kerana berpotensi sering menghadapi banjir.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata semua 15 syarikat itu telah menerima Surat Setuju Terima (SST) daripada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) bagi melaksanakan projek-projek di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 di Johor, Selangor, Kelantan, Kedah, Pahang, Perak dan Negeri Sembilan.
Beliau yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air berkata projek-projek yang melibatkan kos kontrak RM1.245 billion itu perlu dilaksanakan bagi mengurangkan masalah banjir di lembangan sungai berkaitan di samping menjamin keselamatan dan mengurangkan kerugian kerosakan harta benda kepada penduduk serta infrastruktur awam.
"Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) komited dalam pelaksanaan projek pembangunan yang telah dirancang dan diluluskan agar dapat menjayakan agenda nasional dalam mentransformasi sektor air untuk menjadi sektor yang mampan," katanya.
Beliau berkata demikian menerusi teks ucapan beliau yang dibacakan oleh Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air Akmal Nasrullah Mohd Nasir pada Majlis Perhimpunan Bulanan PETRA dan Majlis Tandatangan dan Bacaan Ikrar Aku Janji yang melibatkan 15 syarikat berkenaan di sini hari ini.
Sementara itu Fadillah berkata beliau mahukan supaya PETRA mengambil tindakan mitigasi dan pembetulan segera terhadap semua teguran dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) dan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara ( PAC).
Beliau berkata semua teguran membabitkan 16 isu pengurusan air negara itu perlu diberi perhatian serius.
"Antaranya projek pembangunan sumber air membabitkan lewat jadual, skim bekalan air Tawau, projek pembangunan bekalan lewat jadual, projek peningkatan kualiti air lewat jadual, kadar rizab margin sangat rendah, air tidak berhasil (NRW), pelanggaran parameter air terawat dan pencemaran sumber air," katanya.
LKAN 2/2024 yang dilaporkan baru-baru ini antaranya mendedahkan 145 daripada 712 perojek pembangunan infrastuktur air didapati lewat daripada jadual asal antara 86 hingga 1,076 hari membabitkan kos berjumlah RM6.15 billion.
LKAN 2/2024 turut mendedahkan loji rawatan kumbahan menjadi punca utama beban pencemaran tertinggi berjumlah 343 tan/hari.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 11 2024
![15 syarikat dipilih laksana projek RTB di tujuh negeri 15 syarikat dipilih laksana projek RTB di tujuh negeri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720671192_AkmalNasrullahMohd.jpg)
Akmal Nasrullah ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) di kementeriannya hari ini. - Foto Bernama
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726067904_tbpoliovaccine.jpg)
WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.
![Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026 Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61735290530_TBrusia.jpg)
Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.
![Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739976606_Maldives.jpg)
Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.
![Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/41659697159_SergeiLavrov.jpg)
Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.
![Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61723697210_TBMiti.jpg)
Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.
![15 syarikat dipilih laksana projek RTB di tujuh negeri 15 syarikat dipilih laksana projek RTB di tujuh negeri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720671192_AkmalNasrullahMohd.jpg)
15 syarikat dipilih laksana projek RTB di tujuh negeri
Lima belas syarikat dipilih bagi melaksanakan projek-projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) di tujuh negeri yang telah dikenal pasti.
![Tujuh projek RTB di Johor dijangka siap lebih awal pada 2027 Tujuh projek RTB di Johor dijangka siap lebih awal pada 2027](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51712059215_MohamadFazliMohama.jpg)
Tujuh projek RTB di Johor dijangka siap lebih awal pada 2027
Tujuh projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) di Johor dengan kos RM1.6 bilion mula dilaksanakan tahun ini dan dijangka disiapkan pada 2027, iaitu lebih awal daripada perancangan asal.
![Ban pecah punca banjir termenung di Hilir Perak - Saarani Ban pecah punca banjir termenung di Hilir Perak - Saarani](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/61700053274_mangsabanjirHilir.jpg)
Ban pecah punca banjir termenung di Hilir Perak - Saarani
Banjir termenung di Hilir Perak sejak 23 Okt lepas berpunca daripada ban yang dibina di bawah Rancangan Tebatan Banjir (RBT) pecah di Kampung Batu 9 dan Batu 10, Changkat Jong.
![Negeri Sembilan laksana lima projek RTB, atasi masalah banjir - MB Negeri Sembilan laksana lima projek RTB, atasi masalah banjir - MB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/51691909141_AminuddinHarun.jpg)
Negeri Sembilan laksana lima projek RTB, atasi masalah banjir - MB
Lima projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) di Negeri Sembilan diluluskan Kerajaan Persekutuan dan akan dilaksanakan bermula hujung tahun ini serta awal tahun hadapan.
![Pahang giat laksana projek tebatan banjir, babit peruntukan RM501 juta Pahang giat laksana projek tebatan banjir, babit peruntukan RM501 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/51677497174_KerajaanPahang.jpg)
Pahang giat laksana projek tebatan banjir, babit peruntukan RM501 juta
Bagi daerah Kuantan, ia melibatkan Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Kuantan Pakej Satu iaitu menaik taraf Sungai Belat dan membina struktur pencegahan banjir.
![34 rumah mangsa kepala air Kampung Iboi siap dibaik pulih 34 rumah mangsa kepala air Kampung Iboi siap dibaik pulih](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/81678697148_mangsakepalaair.jpg)
34 rumah mangsa kepala air Kampung Iboi siap dibaik pulih
Persidangan DUN Kedah hari ini diberitahu bahawa 34 daripada 50 rumah mangsa banjir akibat kejadian kepala air di Kampung Iboi dekat Baling tahun lepas, telah siap dibaik pulih.
![Tiga daerah di Johor terima keutamaan projek RTB Tiga daerah di Johor terima keutamaan projek RTB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/71676246314_TBOnnHafizGhazi.jpg)
Tiga daerah di Johor terima keutamaan projek RTB
Kota Tinggi, Segamat dan Batu Pahat di Johor akan diberi keutamaan projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB).
![Bajet 2023: RM15 bilion untuk Rancangan Tebatan Banjir sehingga 2030 Bajet 2023: RM15 bilion untuk Rancangan Tebatan Banjir sehingga 2030](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/61659430147_TBBANJIRKILATjpg.jpg)
Bajet 2023: RM15 bilion untuk Rancangan Tebatan Banjir sehingga 2030
Sebahagian besar projek akan dianugerahkan pada tahun depan dengan anggaran perbelanjaan RM700 juta.
![Projek RTB RM1.3 bilion di Kelantan, mampu kurangkan kerosakan teruk akibat banjir Projek RTB RM1.3 bilion di Kelantan, mampu kurangkan kerosakan teruk akibat banjir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/61636014996_IMedikel.jpg)
Projek RTB RM1.3 bilion di Kelantan, mampu kurangkan kerosakan teruk akibat banjir
Peruntukan Kerajaan Persekutuan berjumlah RM1.3 bilion kepada Kelantan bagi melaksanakan empat projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) mampu mengurangkan kesan dan kerosakan teruk akibat banjir.
![KASA beri keutamaan isu kurangkan risiko banjir di Sabah - Dr Ahmad Masrizal KASA beri keutamaan isu kurangkan risiko banjir di Sabah - Dr Ahmad Masrizal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-09/81600320427_AhmadMasrizal.jpg)
KASA beri keutamaan isu kurangkan risiko banjir di Sabah - Dr Ahmad Masrizal
Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) memberi keutamaan dan perhatian yang khusus terhadap isu mengurangkan risiko kejadian banjir melalui projek rancangan tebatan banjir (RTB) di Sabah.