Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) memberi keutamaan dan perhatian yang khusus terhadap isu mengurangkan risiko kejadian banjir melalui projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) di Sabah.
Selain itu, Timbalan Menterinya, Senator Datuk Dr Ahmad Masrizal Muhammad berkata, kementeriannya juga berusaha menaiktaraf sistem pembetungan, menaiktaraf loji rawatan air termasuk sistem agihan saluran air dan projek mengurangkan risiko hakisan pantai.
Jelasnya, ia merupakan empat isu utama yang diberi perhatian khusus di negeri itu.
Bagi mengatasi masalah banjir di negeri Sabah secara keseluruhan, Kerajaan telah meluluskan sebanyak 16 projek tebatan banjir dan satu projek saliran mesra alam dengan kos sebanyak RM827.94 juta yang dilaksanakan di bawah KASA melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dalam RMK-11.
"Manakala dalam RMK-12, JPS telah merangka permohonan projek baharu bagi negeri Sabah sebanyak 12 projek dengan jumlah kos sebanyak RM482 juta," katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Khamis.
Terdahulu, Dr. Ahmad Masrizal mengadakan lawatan kerja ke Projek RTB Sg. Tebongon (Kg. Teguli), Putatan, Sabah yang dilaksanakan JPS.
Jelasnya, sistem perparitan lama yang tidak efisien mengakibatkan kampung dan jalan raya di Kg. Ulu Putatan, Kg. Teguli, Kg. Tebongon dan kawasan komersial Platinum Plaza sering ditenggelami air sedalam 0.5 hingga 1.0 meter.
"Kekerapan banjir kilat berlaku tidak kurang daripada lima kali setahun setiap kali hujan lebat turun di kawasan berkenaan.
"Projek RTB Sg. Tebongon (Kg. Teguli), Putatan, Sabah telah bermula pada 15 Ogos 2019 dengan tempoh pembinaan selama 24 bulan melibatkan kos projek sebanyak RM18.1 juta.
"Skop bagi projek ini ialah membina parit konkrit sepanjang 1.75 kilometer dan pembinaan pembetung jalan," ujarnya.
Tambahnya, objektif projek itu adalah untuk mengurangkan keluasan kawasan yang terjejas akibat banjir di sekitar kawasan Kg. Teguli, Kg Tebongon dan Kg. Ulu Putatan serta mengurangkan kerosakan harta benda penduduk akibat daripada kejadian banjir kilat.
Jelasnya, projek itu dijangka memberi manfaat kepada seramai lebih kurang 3,000 orang penduduk.
Turut hadir pada majlis berkenaan, Timbalan Pengarah Bahagian Pengurusan Banjir, Ir Tengku Abdul Rahman Tengku Azam dan Koordinator Projek Usaha Impresif Sdn. Bhd., Md Nor Abdul Rahman.
Astro Awani
Thu Sep 17 2020

Dr Ahmad Masrizal bersama Ir Tengku Abdul Rahman (kiri) dan Md Nor Abdul Rahman (kanan) semasa lawatan kerja ke Projek RTB Sg. Tebongon. - Gambar KASA

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

Bina asas pemulihan yang baik hari ini untuk kestabilan selepas PRU15 - Ahmad Masrizal
Ia amat penting dalam menjamin kestabilan negara, biar siapa pun yang akan membentuk kerajaan baharu selepas PRU15.

KPT setuju naikkan elaun pelajar OKU
Kementerian Pengajian Tinggi bersetuju menaikkan kadar elaun pelajar Orang Kurang Upaya (OKU), persidangan Dewan Negara diberitahu hari ini.

Kadar vaksinasi penuntut IPT kini 82 peratus
Ahmad Masrizal Muhammad berkata beliau yakin IPT kini selamat, dan menyarankan penuntut yang belum mengambil vaksin untuk segera berbuat demikian.

Kadar vaksinasi pelajar IPT kini 73 peratus, staf universiti 91 peratus - KPT
Kadar vaksinasi pelajar institusi pengajian tinggi telah mencapai 73 peratus manakala kakitangan universiti pula mencecah 91 peratus.

Universiti perlu tingkat keupayaan digitalisasi selari IR 4.0 - Masrizal
Pihak universiti perlu meningkatkan keupayaan digitalisasi di dalam kampus selari dengan era Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0).

Keterlibatan pembangkang dalam pentadbiran harus menjangkaui Parlimen - Masrizal
Kesediaan kerajaan dan Pakatan Harapan menjalin kerjasama adalah jendela kepada lebih banyak partisipasi pembangkang dalam melancarkan pentadbiran negara.

Imuniti kelompok hampir tercapai, tiada alasan tidak pamer prestasi baik - Masrizal
Tiada alasan untuk barisan Kabinet baharu tidak dapat mempamer prestasi cemerlang dalam tempoh 100 hari yang diberikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Tiada sebab untuk takut buktikan keabsahan di Parlimen - Ahmad Masrizal
Ahmad Masrizal berkata, paling penting, usaha mengembalikan kesejahteraan rakyat dan negara perlu diletakkan di tempat teratas.

OIC perlu tegas gesa PBB selesai konflik Israel, Palestin - Ahmad Masrizal
OIC perlu lebih proaktif, dinamik dan tegas dalam menggesa pertubuhan utama dunia seperti PBB untuk bersama-sama menyelesaikan konflik yang berlaku antara Israel-Palestin sekarang ini.

KASA peruntuk RM15 juta atasi banjir di Pengerang
Peruntukan itu diberi setelah mengambil kira keadaan semasa dan jangkaan kemasukan pelabur di kawasan PIPC pada masa hadapan.