KUANTAN: Projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) sedang dilaksanakan di beberapa daerah di negeri ini dengan peruntukan kira-kira RM501 juta, kata Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.
Beliau berkata bagi daerah Kuantan, ia melibatkan Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Kuantan Pakej Satu iaitu menaik taraf Sungai Belat dan membina struktur pencegahan banjir.
Projek itu, katanya, kini 99.73 peratus siap.
Was Rosdy berkata ia juga melibatkan PLSB Sungai Kuantan Pakej Tiga iaitu membina ban pencegah banjir di Perkampungan Cenderawasih serta mempertingkat ban sedia ada di Perkampungan Sungai Isap, yang baru mencapai tiga peratus perkembangan.
Beliau berkata di Pekan, ia melibatkan RTB Pekan Fasa Dua iaitu pembinaan tambak (levee) Sungai Pahang dengan status kerja mencapai 69 peratus manakala perkembangan projek RTB Sungai Semantan Temerloh Fasa Satu dalam daerah Temerloh pula sebanyak lapan peratus.
Katanya, PLSB Sungai Jelai di Lipis Fasa Satu dan PLSB Sungai Kuantan Pakej Dua pula kini dalam proses reka bentuk melibatkan kos RM168.7 juta, iaitu bagi membina ban pencegahan banjir di Sungai Pandan dan Sungai Kuantan di Bukit Rangin di sini.
"Selain itu, RTB Tanjung Gahai, Lipis iaitu membina ban tebatan banjir, dalam proses untuk melantik kontraktor," katanya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang di Wisma Sri Pahang di sini hari ini.
Wan Rosdy berkata demikian bagi menjawab pertanyaan V Arumugam (BN-Sabai) yang ingin tahu perkembangan projek tebatan banjir di Pahang khususnya di Bentong.
Bagi daerah Bentong, beliau berkata kerajaan negeri menerusi Jabatan Pengairan dan Saliran telah membuat permohonan cadangan RTB secara di luar bajet kepada kerajaan Persekutuan dengan anggaran kos sebanyak RM410 juta tahun lepas dan hingga kini cadangan projek itu masih dalam tindakan.
Ketika menjawab soalan tambahan Arumugam yang ingin tahu apakah projek jangka panjang kerajaan negeri untuk mengatasi banjir, Wan Rosdy memaklumkan pihaknya sentiasa memohon peruntukan bagi menjalankan tindakan sewajarnya.
"Kerajaan negeri mengakui bahawa Pahang sentiasa dilanda banjir dan ini suatu yang kita tak dapat elak, sebagai kerajaan negeri yang prihatin kita telah mohon beberapa peruntukan dan ia merupakan tugas dan tanggungjawab kami," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 09 2023

Wan Rosdy (foto) berkata bagi daerah Kuantan, ia melibatkan Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Kuantan Pakej Satu iaitu menaik taraf Sungai Belat dan membina struktur pencegahan banjir. -Gambar fail

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Tiada keperluan wujud menteri khusus masyarakat bukan Islam - Wan Rosdy
Wan Rosdy berkata, kenyataan dibuat Ahli Parlimen Raub di Dewan Rakyat berkaitan isu itu seharusnya ditolak kerana boleh mencetuskan polemik.

Pahang meterai enam MoU dengan pemain industri pertanian Australia
Kerajaan Pahang memeterai enam memorandum persefahaman (MoU) dengan pemain industri pertanian, penternakan dan perikanan di Australia.

Kerajaan Pahang akan bangunkan pusat data AI
Projek yang pertama di negeri Pantai Timur itu menyasarkan produk pertanian tempatan untuk pemasaran domestik dan global.

Pahang catat KDNK melebihi pertumbuhan nasional dua tahun berturut-turut
Pahang merekodkan pertumbuhan KDNK 10.8 peratus berbanding purata nasional iaitu 8.7 peratus pada 2022.

Keluasan tanah rizab Melayu di Pahang meningkat - Wan Rosdy
Keluasan tanah rizab Melayu semasa di Pahang ialah 444,074 hektar, 12.34 peratus daripada keluasan negeri ini iaitu lebih 3,597,206 hektar.

Bayaran BKK satu bulan setengah gaji untuk penjawat awam Pahang
Kerajaan Negeri Pahang mengumumkan BKK sebanyak satu bulan setengah gaji kepada penjawat awam negeri yang akan dikreditkan pada tahun hadapan.

Kerajaan Pahang tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa kepada RM14.18 juta
Peningkatan RM6.18 juta itu bagi membolehkan peruntukan BPP Siswa diagihkan kepada 19,525 mahasiswa daripada pelbagai IPT.

Perjanjian jual beli tanah di Gebeng berstatus tanah pajakan
Wan Rosdy berkata penjualan tanah ini adalah untuk tujuan pembangunan industri dan bukan perkara baharu, serta meminta rakyat tidak terkeliru dengan persepsi negatif.

Penduduk Pahang diminta bersiap siaga hadapi Monsun Timur Laut
Penduduk di negeri ini diminta bersiap siaga menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) atau lebih dikenali musim tengkujuh di Malaysia yang dijangka bermula esok sehingga Mac tahun depan.

Sekolah politik akan direalisasi segera selepas perbincangan modul - Wan Rosdy
Beliau berkata, perbincangan lanjut mengenai modul dan silibus sekolah berkenaan akan diadakan dalam masa terdekat.