BATU PAHAT: Kota Tinggi, Segamat dan Batu Pahat di Johor akan diberi keutamaan projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) kerana daerah berkenaan sering berisiko berlaku bencana banjir setiap kali hujan berterusan, kata Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi.
Beliau berkata anggaran kos RTB di negeri itu boleh mencecah sehingga RM1 bilion susulan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, supaya semua projek RTB berrnilai RM600 juta ke atas diluluskan dan disegerakan mulai Jun ini.
Anwar berkata demikian pada sidang media semasa melawat PPS Sekolah jenis Kebangsaan (SJKC) Kampung Tengah di Segamat, semalam.
Onn Hafiz menzahirkan rasa syukur dengan pengumuman tersebut dan akan menyelesaikan isu tersebut dengan kadar segera.
BACA: PM Anwar lawat mangsa banjir, janji segerakan projek tebatan banjir
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas melawat mangsa banjir di pusat pemindahan banjir (PPS) di Sekolah Kebangsaan Sri Medan, di sini, semalam.
Beliau turut melawat PPS SJKC Chong Hwa, Sri Medan, yang telah dinaiki air sejak dua hari lepas dan difahamkan, PPS tersebut akan ditutup sekiranya paras air semakin tinggi.
Dalam perkembangan lain, Menteri Besar berkata pihaknya melalui agensi yang berkaitan akan menyiasat mengenai dakwaan penduduk di Kuala Paya, Segamat, berhubung ban retak di Spang Loi, dekat sini sehingga menyebabkan air naik dengan cepat di kawasan itu.
Beliau berkata terdapat peruntukan RM5 juta bagi membaik pulih ban tersebut dengan proses tender akan selesai, bulan depan.
Januari tahun lalu, ban Spang Loi yang siap dibina pada 2019, pecah sehingga menyebabkan banjir di Kampung Spang Loi dan kampung sekitar ekoran limpahan air Sungai Muar.
Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan peruntukan RM5 juta untuk menaik taraf ban di Kampung Spang Loi bagi menangani isu banjir di kawasan itu dan sekitarnya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 05 2023

Onn Hafiz menzahirkan rasa syukur dengan pengumuman tersebut dan akan menyelesaikan isu tersebut dengan kadar segera. - Gambar fail/BERNAMA

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

15 syarikat dipilih laksana projek RTB di tujuh negeri
Lima belas syarikat dipilih bagi melaksanakan projek-projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) di tujuh negeri yang telah dikenal pasti.

Tujuh projek RTB di Johor dijangka siap lebih awal pada 2027
Tujuh projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) di Johor dengan kos RM1.6 bilion mula dilaksanakan tahun ini dan dijangka disiapkan pada 2027, iaitu lebih awal daripada perancangan asal.

Ban pecah punca banjir termenung di Hilir Perak - Saarani
Banjir termenung di Hilir Perak sejak 23 Okt lepas berpunca daripada ban yang dibina di bawah Rancangan Tebatan Banjir (RBT) pecah di Kampung Batu 9 dan Batu 10, Changkat Jong.

Negeri Sembilan laksana lima projek RTB, atasi masalah banjir - MB
Lima projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) di Negeri Sembilan diluluskan Kerajaan Persekutuan dan akan dilaksanakan bermula hujung tahun ini serta awal tahun hadapan.

Pahang giat laksana projek tebatan banjir, babit peruntukan RM501 juta
Bagi daerah Kuantan, ia melibatkan Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Kuantan Pakej Satu iaitu menaik taraf Sungai Belat dan membina struktur pencegahan banjir.

34 rumah mangsa kepala air Kampung Iboi siap dibaik pulih
Persidangan DUN Kedah hari ini diberitahu bahawa 34 daripada 50 rumah mangsa banjir akibat kejadian kepala air di Kampung Iboi dekat Baling tahun lepas, telah siap dibaik pulih.

Tiga daerah di Johor terima keutamaan projek RTB
Kota Tinggi, Segamat dan Batu Pahat di Johor akan diberi keutamaan projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB).

Bajet 2023: RM15 bilion untuk Rancangan Tebatan Banjir sehingga 2030
Sebahagian besar projek akan dianugerahkan pada tahun depan dengan anggaran perbelanjaan RM700 juta.

Projek RTB RM1.3 bilion di Kelantan, mampu kurangkan kerosakan teruk akibat banjir
Peruntukan Kerajaan Persekutuan berjumlah RM1.3 bilion kepada Kelantan bagi melaksanakan empat projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) mampu mengurangkan kesan dan kerosakan teruk akibat banjir.

KASA beri keutamaan isu kurangkan risiko banjir di Sabah - Dr Ahmad Masrizal
Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) memberi keutamaan dan perhatian yang khusus terhadap isu mengurangkan risiko kejadian banjir melalui projek rancangan tebatan banjir (RTB) di Sabah.