Astro AWANI terus mendapat pengiktirafan apabila mengungguli tempat pertama dan kedua pada malam Anugerah Kewartawanan Kesihatan Terbaik 2014 yang berlangsung di ibu negara malam tadi.
Wartawan dan pembaca berita Astro AWANI, Abdul Hakim Ab. Rahman dan Khairunnisa Kasnoon memenangi tempat pertama untuk kategori Anugerah Kewartawanan Kesihatan Terbaik-Televisyen menerusi siri laporan mereka bertajuk "E-Rokok: Dilema Perokok Tegar".
Mereka membawa pulang hadiah berbentuk sijil penghargaan dan wang tunai lima ribu ringgit.
Manakala seorang lagi wartawan Astro AWANI, Cynthia Ng mendapat tempat kedua menerusi laporan "Selami kehidupan penagih dadah dalam komuniti nelayan" dan membawa pulang wang tunai satu ribu ringgit.
Mereka mengatasi 22 pencalonan lain dalam kategori yang sama.
Anugerah disampaikan oleh Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S. Subramaniam.
Subramaniam dalam ucapannya berkata pengguna media sosial harus lebih peka terhadap sensitiviti dan kesahihan sesuatu maklumat terutamanya berkaitan isu kesihatan sebelum ia disebarkan.
Ini memandangkan media sosial memainkan peranan penting dalam konteks penyebaran maklumat yang pantas, namun jika disalahgunakan ia boleh menimbulkan kekeliruan kepada masyarakat.
"Terdapat mesej-mesej salah dan palsu, umpamanya (berita) penyakit Ebola yang dikesan di negara ini beberapa bulan yang lepas, yang mana ia hanya mewujudkan suasana panik dalam kalangan rakyat," katanya.
Turut hadir Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya, Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan, Datuk Farida Mohd Ali dan Ketua Pegawai Eksekutif Institut Akhbar Malaysia merangkap Pengerusi Jawatankuasa Penjurian Anugerah Media Kesihatan, Datuk Chamil Wariya.
Majlis Anugerah Media Kementerian Kesihatan 2014 bagi edisi kelapan itu menerima sebanyak 224 penyertaan daripada semua media iaitu televisyen, radio, akhbar dan majalah daripada pelbagai bahasa bagi kesemua 13 kategori yang dipertandingkan.
Astro Awani
Tue Nov 11 2014

Wartawan Astro AWANI yang cemerlang di malam Anugerah Kewartawanan Kesihatan Terbaik 2014. Hakim Rahman (kiri), Khairunnisa Kasnoon (tengah) dan Cynthia Ng. - Foto Astro AWANI

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Jelajah Assalamualaikum RaRa 2025 eratkan silaturahim - Zizan Razak
Jelajah Assalamualaikum RaRa 2025 adalah platform terbaik untuk mengeratkan silaturahim antara selebriti dan masyarakat.

Projek kewartawanan Gen Z Astro AWANI raih sokongan Google
Projek ulung Astro Awani melibatkan generasi Gen Z dalam penghasilan berita ini berperanan mencorakkan peranan generasi baharu dalam dunia kewartawanan.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Dua wakil Astro terima anugerah kewartawanan pada Nambikkai Star Icon Awards
Wartawan Astro AWANI, Umavathi Ramayah dipilih sebagai pemenang Anugerah Juri bagi kategori Wartawan Terbaik manakala Mahendran Veluplay dari Astro Seithigal memenangi kategori Pembaca Berita Popular.

Astro AWANI terima anugerah Masterclass in News Broadcasting and Journalism
Astro AWANI Network Sdn Bhd menerima pengiktirafan berprestij pada Anugerah Kecemerlangan Perniagaan Malaysia (MEBA) 2024 edisi kelapan, pada Sabtu.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

'Allahyarham S. Atan luar biasa, saya sendiri cemburu' - M. Nasir
Datuk M Nasir turut mengakui, beliau sendiri mungkin tidak dapat menyamai kebolehan S Atan dalam penghasilan karya tertentu.

ASA 2024: Astro AWANI ungguli empat kategori
Astro membawa pulang 13 anugerah pada malam kemuncak Anugerah Seri Angkasa 2024 (ASA 2024) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), pada Sabtu.

All Access to Rossa 25 Shining Years: 'Ini masa saya kongsi pengalaman hidup'
Rossa dedah perjalanan hidup dalam 'All Access to Rossa 25 Shining Years' termasuk perihal rumah tangga yang musnah di tengah jalan.

Fahmi ucap takziah atas pemergian Editor Video Astro AWANI
Fahmi mendoakan agar seluruh keluarga dan sahabat handai tabah dengan pemergian Allahyarham.