KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad sekali lagi menyelar Israel dan Amerika Syarikat (AS) berhubung peperangan yang berlaku di Semenanjung Gaza yang sehingga kini telah mengorbankan lebih 18,000 nyawa rakyat Palestin.
Bekas Perdana Menteri itu berkata, tindakan veto oleh AS untuk membatalkan draf resolusi gencatan senjata kemanusiaan di Gaza semasa mesyuarat Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) (UNSC) merupakan perkara biasa bagi negara Uncle Sam itu.
Ini kerana kata Dr. Mahathir, AS diasaskan atas pembunuhan beramai-ramai penduduk asli Amerika Utara dan hal itu tidak seharusnya dilupakan.
"Tidak dapat digambarkan kengerian yang menimpa Gaza akibat pembunuhan beramai-ramai oleh Israel. Zionis mendakwa mereka menghukum rakyat Palestin kerana pada 7 Oktober Hamas telah melancarkan serangan dan mengakibatkan 1,400 rakyatnya terbunuh.
"Tetapi Israel lupa selama 70 tahun mereka telah menindas rakyat Palestin, mencuri tanah untuk mewujudkan negara Israel, mengembangkan negara mereka ke tanah Palestin, membina penempatan, menangkap dan memenjarakan ribuan rakyat Palestin tanpa bicara, menyeksa mereka, membunuh rakyat Palestin setiap hari, merampas Baitulmaqdis dan Tebing Barat.
"Rakyat Palestin telah berusaha untuk mendapatkan kembali tanah mereka malah mereka juga menerima negara Israel tetapi penindasan, pembunuhan, penodaan Al Aqsa, penahanan dan penyeksaan, pembinaan penempatan dan lain-lain masih berterusan," katanya dalam satu kenyataan, pada Rabu.
Mengulas lanjut, Dr. Mahathir berkata, adalah luar biasa bagi Hamas yang akhirnya melakukan keganasan untuk membalas dendam terhadap Israel dan sekalipun Hamas telah melancarkan roket terhadap Zionis, ia adalah kurang daripada apa yang pihak lain akan lakukan jika tanah mereka diduduki oleh orang lain.
Jelas beliau lagi, apa yang dikatakan hukuman terhadap rakyat Palestin adalah tidak seimbang dengan kerosakan yang dilakukan oleh Hamas.
"Sudah 18,000 penduduk Gaza telah terbunuh dengan 70 peratus daripada mereka adalah wanita dan kanak-kanak malah bayi juga tidak terlepas.
"Seluruh bandar yang mempunyai lebih sejuta penduduk telah dihancurkan ke tanah, hospital dan sekolah telah dibom, bekalan elektrik dan air terputus, makanan tidak tersedia," tegas Dr. Mahathir.
Seluruh dunia, kata Dr. Mahathir telah menuntut gencatan senjata di Gaza kecuali AS yang kononnya juara hak asasi manusia dan kebebasan daripada penindasan.
"Amerika Syarikat mahu Israel meneruskan pembunuhan besar-besaran rakyat Palestin bukan sahaja di Gaza, tetapi di Tebing Barat dan di Lubnan sedangkan tiada Hamas di Tebing Barat atau Lubnan. Ini bermakna Israel menentang semua rakyat Palestin.
"Mereka pasti banyak belajar daripada Nazi kerana bagi Nazi, penyelesaian terakhir adalah menyingkirkan dunia Yahudi manakala bagi Israel, penyelesaian terakhir untuk menghapuskan dunia daripada rakyat Palestin.
“Bukan hanya Hamas, satu-satunya cara untuk menamatkan perang adalah dengan membunuh semua rakyat Palestin dalam pembunuhan beramai-ramai besar-besaran," katanya.
Dr. Mahathir dalam pada itu menegaskan, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu perlu mengakui bahawa menyingkirkan Hamas bukanlah penyelesaian muktamad.
Ini kerana, katanya, rakyat Palestin akan melahirkan pejuang seperti Hamas untuk memerangi Israel sekali gus menyebabkan perang akan berterusan dan membuatkan Israel tidak akan pernah aman.
"Barat juga perlu mengakui perkara ini, kita telah melihat dua perang dunia kononnya untuk menamatkan peperangan.
"Tetapi peperangan belum berakhir. Ia tidak akan berakhir kerana Amerika Syarikat sentiasa bersedia untuk peperangan, untuk membunuh orang, untuk hegemoni," tegas Dr. Mahathir.
Afiezy Azaman
Wed Dec 13 2023
Tun Dr Mahathir Mohamad sekali lagi menyelar Israel dan Amerika Syarikat berhubung peperangan yang berlaku di Semenanjung Gaza yang sehingga kini telah mengorbankan lebih 18,000 nyawa rakyat Palestin.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 14 Januari 2025.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Orde baharu dunia sedang dibentuk - Presiden Azerbaijan
Presiden Azerbaijan Ilham Aliyev berkata orde baharu dunia sedang dibentuk dan dunia kini berada pada permulaan proses itu.
Pengurus syarikat rugi lebih RM1.6 juta akibat pelaburan kripto tidak wujud
Seorang pengurus syarikat swasta di Ampang Jaya mengalami kerugian lebih RM1.6 juta selepas terpedaya dengan tawaran pelaburan mata wang tidak wujud yang diiklankan di laman sosial Facebook.
Lori terbakar bergerak sendiri disyaki akibat masalah enjin
Pemandu mengesan asap keluar dari bahagian enjin dan cuba memberhentikan kenderaan di tepi jalan, namun gagal apabila api semakin marak.
10 Berita Pilihan - (14 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Rabu – 15 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
PM Anwar akan segera kemuka Kertas Kabinet, aplikasi teknologi AI dalam perkhidmatan kerajaan
Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan hasrat untuk segera mengaplikasikan teknologi kecerdasan buatan (AI) dan blok rantai dalam sistem perkhidmatan kerajaan.
Kaji akses polis kepada data telefon bimbit dalam undang-undang sedia ada - Lee
Beberapa undang-undang, disaran supaya disemak semula bagi menyediakan garis panduan yang jelas dan khusus terhadap akses polis kepada data telefon bimbit.
ATF: Kukuh pelancongan serantau, jadikan ASEAN destinasi pilihan global
ATF 2025 bertujuan meningkatkan kehadiran pelancong ke ASEAN dengan memupuk rangkaian, perkongsian pengetahuan, dan mempromosikan produk pelancongan serantau.
Gencatan senjata: Hamas setuju bebaskan 34 tawanan perang dengan Israel
Sebarang perjanjian bergantung pada persetujuan untuk pengunduran Israel dari Gaza serta pelaksanaan gencatan senjata kekal.
Serangan Israel rosakkan hampir 1,000 masjid di Gaza, kata pihak berkuasa
Sebanyak 815 rumah ibadat Islam musnah sepenuhnya manakala 151 lagi mengalami kerosakan separa.
Bekas Menteri Pertahanan Israel, Yoav Gallant undur diri dari politik
Selepas berbulan berselisih pendapat dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, Yollant akhirnya undur diri.
Hampir 1 juta penduduk Palestin berdepan musim sejuk tanpa tempat perlindungan
Ratusan ribu keluarga yang kehilangan tempat tinggal sedang menghadapi musim sejuk dan hujan tanpa perlindungan yang bermakna, kata Majlis Pelarian Norway.
Malaysia alu-alukan dua resolusi PBB tegakkan hak asasi mutlak rakyat Palestin
Malaysia teguh dengan pendirian berprinsip mendukung hak rakyat Palestin untuk membentuk sebuah negara merdeka dan berdaulat.
Pemimpin G20 gesa gencatan senjata menyeluruh, perluasan bantuan kemanusiaan untuk Gaza
Pemimpin G20 menekankan keperluan mendesak untuk memperluaskan aliran bantuan kemanusiaan, memastikan perlindungan orang awam dan menghapuskan semua kekangan.
Jurucakap Hezbollah, Mohammad Afif maut dalam serangan Israel di Lubnan
Mohammad Afif terbunuh dalam serangan Israel ke atas sebuah bangunan di tengah Beirut, Lubnan.
“Sudah sampai masanya perang di Gaza ditamatkan” - Setiausaha Negara AS
Tebusan Israel harus dibebaskan dan satu rancangan jelas perlu diwujudkan untuk Israel berundur dari Gaza tanpa membenarkan Hamas kembali mentadbir di wilayah itu.
[KOLUMNIS] Kezaliman Zionis di bumi Palestin dan tindakan kita
Pengusiran orang-orang Arab Palestin dari tanah air mereka adalah perancangan utama Zionis Israel dan telah mengakibatkan orang Arab Palestin kekal menjadi pelarian sehingga hari ini.
Kehidupan di Gaza mustahil untuk diteruskan - Pelapor Khas PBB
Keadaan di Gaza jauh berbeza jika dibandingkan dengan perang di Ukraine, Syria mahupun Iraq sebelum ini.