ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 14 Januari 2025..


1. Titah Adendum: 'Tidak wajar ada perintah larangan bersuara' - Azalina

Permohonan perintah larangan bersuara (gag order) bagi melarang mana-mana pihak membincangkan isu berkaitan Titah Adendum yang mula disebut di Mahkamah Tinggi, tidak sepatutnya dilakukan. 



2. Bas persiaran rempuh treler di Sungai Bakap, 26 cedera termasuk pemandu

Seramai 24 penumpang termasuk pemandu dan kelindan bas cedera dalam nahas membabitkan sebuah bas persiaran dan treler di Kilometer 158.7 Lebuhraya Utara Selatan arah utara berdekatan dengan Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Sungai Bakap, Pulau Pinang hari ini. 


3. Guru lelaki didakwa cabul dua murid dalam rumah hantu sekolah

Seorang guru lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua tuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap dua murid perempuan Tahun 6, minggu lalu.
Tertuduh, Mohd Azhar Mohamad, 44 tahun,


4. MY-UAE CEPA tingkat akses pasaran, kurangkan tarif perdagangan – PM

perjanjian perdagangan bebas pertama dengan negara anggota Majlis Kerjasama Teluk (GCC) itu akan terus memacu pertumbuhan ekonomi dan perdagangan negara.


5. Empat maut dalam kemalangan di Jalan Stutong, Kuching

Kemalangan melibatkan tiga kereta dan dua motosikal di Jalan Stutong menghala ke Jalan Lapangan Terbang Kuching, kira-kira 12.40 tengah hari tadi.


6. Penyanyi wanita terkenal Kelantan dan lima yang lain mengaku bersalah ambil dadah di Thailand

Bagaimanapun kesemua tertuduh tidak mengaku bersalah memiliki sejumlah 6,059 biji pil yaba sewaktu pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.


7. Najib nafi belanja jutaan ringgit untuk tingkatkan imej peribadi

Pihak pendakwaan dalam kes Datuk Seri Najib Tun Razak yang didakwa menyeleweng RM2.3 bilion dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) menegaskan bekas Perdana Menteri itu telah membelanjakan jutaan ringgit daripada dana terbabit bagi meningkatkan imej demi kepentingan peribadinya.


8. SPRM, FBI tingkatkan kerjasama banteras jenayah rasuah antarabangsa

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) akan meningkatkan kerjasama bagi menangani cabaran dalam membanteras jenayah rasuah di peringkat serantau dan antarabangsa.


9. Kos pembaikan jalan akibat banjir cecah lebih RM100 juta - Nanta

Kos pembaikan jalan akibat banjir ekoran Monsun Timur Laut (MTL) mencecah RM101.57 juta, kata Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.


10. Skuad boling lelaki negara muncul juara Piala Dunia di Hong Kong

SKUAD boling lelaki negara muncul juara dalam acara berpasukan Piala Dunia Boling Tenpin selepas menewaskan Puerto Rico 3-2, di Kowloon, Hong Kong.