ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 13 Januari 2025.


1. Kebakaran Los Angeles: Angka korban kebakaran hutan meningkat kepada 24

Angka korban akibat kebakaran hutan yang dahsyat di California, Amerika Syarikat (AS), meningkat kepada 24 orang pada Ahad.



2. 23 maut, 5 cedera kemalangan bas di Libya

Sekurang-kurangnya 23 orang maut dan lima lagi cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah bas di lebuh raya sekitar perkampungan Abu Qurain berhampiran kawasan Al-Loud di timur Libya.


3. Rakyat Malaysia antara mangsa letupan bom berhampiran balai polis di selatan Thailand

Seorang warga Malaysia dan enam anggota sukarelawan pertahanan cedera dalam satu insiden letupan bom berhampiran Balai Polis Daerah Mueang Pattani, Wilayah Pattani, selatan Thailand.


4. Konsep dan inisiatif saranan China bawa harapan kepada dunia - Bekas PM Mesir

China adalah negara besar dan kuat yang sedia memberikan bantuan kepada negara lain, menghadapi persaingan dan berusaha menjalinkan kerjasama, kata bekas Perdana Menteri Mesir, Essam Sharaf.


5. 2024 disahkan tahun paling panas

Tahun 2024 telah disahkan oleh laporan Perkhidmatan Perubahan Iklim Copernicus Kesatuan Eropah sebagai tahun yang paling panas sejak suhu mula direkodkan.


6. Milanovic dahului pusingan kedua pilihan raya Presiden Croatia - Tinjauan

Penyandang Presiden Croatia Zoran Milanovic mendahului pencabarnya Dragan Primorac dalam pusingan kedua pilihan raya presiden yang diadakan pada Ahad.


7. Tujuh maut dalam insiden tanah runtuh di Brazil

Sekurang-kurangnya tujuh individu maut akibat tanah runtuh di Ipatinga, Minas Gerais, Brazil.


8. Israel guna hasil cukai Palestin bayar hutang elektrik PA

Israel merancang menggunakan hasil cukai yang dikutip bagi Pihak Berkuasa Palestin (PA) untuk membayar hutangnya kepada syarikat elektrik milik kerajaan Israel, Israel Electric Co (IEC) yang bernilai hampir AS$544 juta.


9. Biden gesa gencatan senjata disegerakan - White House

Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden, mendesak perjanjian gencatan senjata dikuatkuasakan segera di Gaza.


10. Jerman komited tambah bantuan kemanusiaan AS$51 juta untuk Syria

erman akan menyediakan tambahan EUR50 juta (AS$51 juta) sebagai bantuan kemanusiaan kepada Syria, kata Menteri Luar Annalena Baerbock pada Ahad di luar persidangan antarabangsa di ibu negara Arab Saudi, Riyadh.