Bercakap pada forum "Perumahan - Tunggak Kelima Negara Kebajikan" pada Isnin, Sanchez berkata, langkah yang dianggap "belum pernah berlaku" itu bertujuan menangani kekurangan perumahan di Sepanyol.
Cukai ini boleh memberi kesan kepada pembeli dari negara seperti United Kingdom, China, Amerika Latin, Timur Tengah dan Amerika Syarikat, sekiranya mereka tidak memegang status pemastautin Sepanyol.
Beliau berkata, antara matlamat utama langkah ini adalah untuk menghalang warga asing daripada membeli hartanah semata-mata untuk disewakan sebagai penginapan percutian jangka pendek.
"Rancangan ini untuk memastikan rumah yang ada di Sepanyol adalah untuk penduduknya," kata Sanchez, sambil menekankan bahawa sebanyak 27,000 hartanah telah dibeli oleh penduduk bukan EU pada 2023, bukan untuk didiami tetapi untuk mendapatkan keuntungan.
Perdana Menteri bagaimanapun tidak memberikan garis masa untuk melaksanakan cukai ini atau 11 dasar berkaitan perumahan lain yang diumumkan dalam forum berkenaan, dengan menyatakan bahawa semua dasar itu masih dalam "kajian terperinci."
Inisiatif lain yang dicadangkan termasuk insentif cukai untuk perumahan sewa rendah, peningkatan cukai, dan peraturan lebih ketat terhadap pangsapuri pelancongan.
"Tidak adil jika mereka yang memiliki tiga, empat atau lima pangsapuri untuk disewakan jangka pendek membayar cukai yang lebih rendah berbanding hotel," kata Sanchez.
- BERNAMA-XINHUA