Kerajaan tidak akan menaikkan kadar cukai bagi menampung kekurangan dana pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata cara itu bukan jalan penyelesaian, sebaliknya kerajaan akan mengkaji isu itu bagi mencari jalan penyelesaiannya.
Beliau berkata masalah berkaitan kekurangan dana pinjaman PTPTN bukan hanya menjadi masalah di kalangan pelajar masyarakat India tetapi juga dialami semua kaum.
"Kami mendengar. Rakyat Malaysia tidak suka membayar cukai. Mereka hanya suka cuti umum, makanan, tapi tak suka bayar cukai lebih," katanya ketika berucap pada Perhimpunan Agung MIC ke-71 di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, hari ini.
Najib yang juga Pengerusi Barisan Nasional turut memaklumkan bahawa kerajaan India mengenakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) sebanyak 28 peratus.
"Tolong ingat itu. Kita (di Malaysia) baru kena 6 peratus pun dan riuh-rendah bising, marah kerajaan," katanya.
"Najib berkata peningkatan kos barangan bukanlah salah kerajaan sebaliknya tindakan peniaga menaikkan harga dan kemudian menyalahkan kerajaan atas masalah itu.
"Sebanyak 165 negara dalam dunia (melaksanakan GST), India 28 peratus. Jadi orang India Malaysia tak boleh nak complain (merungut)," katanya, sambil disambut dengan gelak tawa dan tepukan kira-kira 4,000 anggota MIC termasuk 1,500 perwakilan.
GST mula dilaksanakan di Malaysia pada 1 April 2015 bagi menggantikan cukai jualan sebanyak 10 peratus dan cukai perkhidmatan 6 peratus.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Sep 24 2017

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata cara itu bukan jalan penyelesaian, sebaliknya kerajaan akan mengkaji isu itu bagi mencari jalan penyelesaiannya. - Gambar fail/BERNAMA
![[KOLUMNIS] Pembasmian pengundi hantu [KOLUMNIS] Pembasmian pengundi hantu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/51678196059_PilihanrayaHariMe.jpg)
[KOLUMNIS] Pembasmian pengundi hantu
Pemindahan alamat pengundi semata-mata untuk tujuan pilihan raya merupakan satu bentuk manipulasi bagi kepentingan politik dan bukannya untuk kesejahteraan rakyat.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [22 Mac 2025]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Amirul Aiman dan Farhan Hakimi
- Perkembangan banjir di seluruh negara
- Bantuan Aidilfitri: RM500 kepada penjawat awam dan RM250 untuk persara dibayar minggu depan
- STR Fasa 2 mula disalur Isnin
- Perkembangan banjir di seluruh negara
- Bantuan Aidilfitri: RM500 kepada penjawat awam dan RM250 untuk persara dibayar minggu depan
- STR Fasa 2 mula disalur Isnin

Hospital Pasir Gudang hampir siap, dijangka beroperasi dalam masa terdekat
Pembinaan Hospital Pasir Gudang yang menelan kos melebihi RM380 juta kini hampir siap dan dijangka beroperasi dalam masa terdekat.

Mangsa banjir di Johor, Sarawak terus meningkat pagi ini, Sabah kekal
Jumlah mangsa banjir yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Johor dan Sarawak terus meningkat setakat 8 pagi ini.

Enam stesen pemancar telekomunikasi 5G di Johor terjejas akibat banjir
Semua stesen pemancar 5G berkenaan terjejas akibat bekalan elektrik yang terhenti, namun begitu, ia tidak mengganggu perkhidmatan 4G.

Columbia University setuju ubah polisi selepas diancam pemotongan dana oleh Trump
Trump beri amaran kepada universiti-universiti lain bahawa mereka akan berdepan pemotongan dana jika tidak menerima agendanya.

Paus Francis perlu ‘belajar semula bercakap’ selepas terapi oksigen - Kardinal Fernandez
Aliran oksigen yang tinggi telah mengeringkan segalanya menyebabkan Paus Francis perlu belajar semula bagaimana untuk bercakap.

Pelancong Australia maut, dua cedera bot terbalik di Bali
Kesemua mangsa yang terselamat telah menerima rawatan di sebuah klinik kesihatan berhampiran dan berada dalam keadaan stabil.

Tiada lagi wakil Malaysia di Terbuka Swiss 2025
Kempen negara gagal selepas Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie kalah dalam dua set kepada pasangan pilihan Thailand.
AWANI Ringkas: Perkembangan Banjir
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PM Sepanyol cadang cukai 100 peratus ke atas hartanah dibeli oleh bukan warga EU
Langkah yang dianggap "belum pernah berlaku" itu bertujuan menangani kekurangan perumahan di Sepanyol.

MBI setuju kurangkan lagi cukai taksiran
Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) bersetuju untuk mengurangkan lagi kadar baharu cukai taksiran.

Cukai rokok, penguatkuasaan ketat mampu tingkat hasil negara
Rokok dan vape, kedua-duanya mendatangkan mudarat kepada kesihatan. Persoalannya, adakah dengan menaikkan cukai ke atas vape akan membuatkan perokok beralih kepada vape?

MoF keluarkan soalan lazim mengenai cukai digital
Kementerian Kewangan (MoF) hari ini mengeluarkan soalan lazim mengenai pengenaan cukai perkhidmatan ke atas perkhidmatan digital diimport yang akan bermula pada 1 Januari, 2020.

Kerajaan tidak naikkan kadar cukai tampung kekurangan dana PTPTN
Kerajaan tidak akan menaikkan kadar cukai bagi menampung kekurangan dana pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).