Pasangan pilihan utama kejohanan itu gagal memberikan yang terbaik, kalah dalam dua set kepada pasangan pilihan kelapan dari Thailand Dechapol Puavaranukroh-Supissara Paewsampran pada kejohanan Super 300 berlangsung di St. Jakobshalle, Basel.
Pasangan ke-13 dunia itu hanya memerlukan 34 minit untuk menewaskan Soon Huat-Shevon, 21-18, 21-10.
Dengan kemenangan ini, pasangan Dechapol-Supissara telah menang tiga daripada lima perlawanan mereka sejak kali pertama bertemu pada Terbuka Artik 2024 di Finland.
Dechapol-Supissara akan bertemu Feng Yan Zhe-Wei Ya Xin hari ini pada peringkat separuh akhir selepas pasangan pilihan kelima kejohanan dari China itu mengalahkan pasangan Perancis Thom Gicquel-Delphine Delrue 21-18, 21-16.
Terbuka Swiss menawarkan hadiah keseluruhan AS$250,000 (kira-kira RM1.11 juta).
-- BERNAMA
