ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 9 Januari 2025.


1. Kes Puspakom: SPRM tahan 13 lagi pemeriksa kenderaan

Kesemua suspek lelaki berusia antara 20 dan 40-an ditahan antara jam 1 hingga 2 petang pada Selasa dan 10 pagi hingga 3 petang pada Rabu.



2. KPM nafi dakwaan kebocoran kertas peperiksaan Sejarah SPM 2024

Siasatan terperinci telah selesai dijalankan, termasuk semua sebaran dan tangkap layar berkaitan yang tular di media sosial.


3. Mayat tanpa identiti ditemukan terapung di Sungai Damansara

Pemeriksaan ke atas badan si mati mendapati tiada kesan pergelutan dan kecederaan lain-lain pada tubuh yang boleh menyebabkan kematiannya,


4. Video promosi Tahun Melawat Malaysia 2026 dibuat semula, promosi setiap negeri sebaiknya - Tiong

Pihak kementerian dan agensi yang berkaitan telah diminta menghasilkan video-video promosi, dan membahagikan promosi negeri berkenaan mengikut zon.


5. Titah Adendum: Butiran minit mesyuarat Lembaga Pengampunan tidak akan didedahkan - Dr Zaliha

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa berkata, perkara itu adalah sulit dan merupakan hak Lembaga Pengampunan.


6. Dakwaan rasuah: Masidi Manjun tetap fokus jalankan tanggungjawab kepada rakyat

Beliau memilih untuk memberi fokus kepada tugasan dan tanggungjawabnya, serta menekankan bahawa isu berkenaan tidak akan menghalangnya daripada melaksanakan tugas sebagai pemimpin.


7. Kerajaan perlu labur lebih banyak untuk langkah pencegahan, SDH - Dzulkefly

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad hari ini menekankan keperluan kerajaan untuk meningkatkan pelaburan bagi langkah pencegahan dan memberi tumpuan terhadap penentu sosial kesihatan (SDH) bagi mewujudkan populasi yang lebih sihat di Malaysia.


8. Kerajaan akan pajak lebih banyak gerabak tambah kapasti perkhidmatan kereta api Perlis-JB - Rafizi

Kerajaan akan memajak lebih banyak gerabak bagi perkhidmatan kereta api dari Padang Besar, Perlis, ke Johor Bahru untuk meningkatkan kapasiti kepada 50 peratus menjelang 2030, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.


9. 87 peratus responden termasuk ibu bapa setuju PLKN dilanjutkan - Johari

Sejumlah 87 peratus individu berusia 16 hingga 60 tahun termasuk ibu bapa bersetuju pelaksanaan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dilanjutkan.


10. Kiosk Sentuhan MADANI permudah akses perkhidmatan kerajaan

Enam kiosk digital Sentuhan Madani dilancarkan di Pusat Beli-belah Alamanda menawarkan akses mudah kepada orang ramai kepada perkhidmatan kerajaan di luar waktu pejabat.