1. Dr Mahathir gagal mohon diwakili peguam kes RCI Batu Putih
Hakim, Datuk Amarjeet Singh memutuskan demikian selepas menolak permohonan Dr Mahathir yang menyambut kelahiran ke-99 pada Julai tahun lalu.
2. KPM sedang gubal dasar pendidikan wajib sekolah menengah - Fadhlina
Menurut Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, dasar tersebut juga selaras dengan komitmen kerajaan untuk meningkatkan kualiti sistem pendidikan negara.
3. Suspek letak kucing dalam guni telah diambil keterangan - DVS Selangor
Pasukan DVS Selangor turut menyita sebuah kenderaan jenis sedan Nissan Sentra.
4. Kerajaan akan mohon larang semua pihak bersuara isu Titah Adendum Najib
Kerajaan akan memohon di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk mendapatkan perintah larangan bersuara bagi melarang mana-mana pihak, membincangkan permohonan semakan Datuk Seri Najib Razak berhubung isu Titah Adendum.
5. Produk 'ham and cheese sandwich' dijual di UM tiada sijil halal - JAKIM
Produk berkenaan bukan sahaja tidak mempunyai sijil halal, malah syarikat yang menghasilkan produk tersebut bukan pemegang SPHM.
6. Banjir Kanowit: Lelaki dikhuatiri lemas dihanyut arus deras
Banjir di Kanowit meragut mangsa pertama apabila seorang mangsa dikhuatiri lemas di Sungai Nanga Buan, Ngemah sekitar jam 1.50 tengah hari Isnin.
7. Najib pulangkan wang derma kerana PRU13 telah berakhir
Beliau memulangkan sebahagian wang didakwa sebagai derma yang diterima daripada Raja Arab Saudi Almarhum Raja Abdullah kerana Pilihan Raya Umum ke-13 pada 2013 telah berakhir.
8. Polis selesai rakam keterangan Khairy - KPN
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan pihaknya telah selesai merakam keterangan bekas Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin berhubung kenyataannya mengenai kewujudan dokumen tambahan membolehkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menjalani baki hukuman penjara secara tahanan di rumah.
9. Jakim diarah kerjasama dengan KPDN ambil tindakan pihak salah guna logo halal
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar telah mengarahkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bagi mengambil tindakan penguatkuasaan dan membawa ke muka pengadilan terhadap pihak yang menyalahgunakan logo halal.
10. PM Anwar ucap selamat menyambut perayaan Ponggal kepada komuniti India
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengucapkan selamat menyambut perayaan Ponggal kepada seluruh komuniti India di Malaysia.