KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di tiga negeri bermula Khamis hingga Ahad ini.


Ringkasan AI
  • Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di tiga negeri bermula Khamis hingga Ahad ini.
  • Hujan berterusan dijangka berlaku di beberapa kawasan di Sarawak (Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit, dan Bintulu) dari Khamis hingga Sabtu, serta di Sabah (Pantai Barat, Sandakan, dan Kudat) dari Khamis hingga Jumaat.
  • Hujan berterusan juga dijangka berlaku di Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi, dan Johor Bahru pada Jumaat hingga Ahad.


MetMalaysia menerusi kenyataan hari ini memaklumkan hujan berterusan dijangka berlaku di Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit (Song dan Kapit) dan Bintulu di Sarawak bermula Khamis hingga Sabtu.

Keadaan sama juga diramal berlaku di Sabah melibatkan kawasan Pantai Barat (Ranau dan Kota Belud), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) serta Kudat bermula Khamis hingga Jumaat.

Hujan berterusan turut dijangka berlaku di Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru pada Jumaat hingga Ahad.

-- BERNAMA