Setiausaha Kerajaan Negeri Johor yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), Tan Sri Dr Azmi Rohani berkata, jumlah itu meningkat berbanding pada malam Jumaat, yang menempatkan 355 mangsa daripada 124 keluarga.
Katanya, mangsa paling ramai ditempatkan di Sekolah Rendah Agama Bersepadu (SRAB) (175 mangsa, 50 keluarga dari Taman Mawai) dan Sekolah Kebangsaan (SK) Laksamana 137 mangsa, 51 keluarga dari Taman Aman dan Taman Mawai).
"Diikuti Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) New Kota (145 mangsa, 60 keluarga dari Taman Aman), SK Bandar Penawar 1 (130 mangsa, 60 keluarga dari Taman Desaru Utama) dan Dewan Raya Kampung Makam ( 56 mangsa,18 keluarga dari Kampung Makam).
"Turut dibuka SK Teluk Ramunia (63 mangsa, 21 keluarga), Dewan Albarakah Seri Delima (47 mangsa dari 14 keluarga), Dewan Kota Kecil (24 mangsa, 16 keluarga) dan Dewan Kampung Baru Sungai Mas membabitkan seramai 18 mangsa, tiga keluarga dari Kampung Baru Sungai Mas),
"Manakala Dewan Serbaguna Kota Kecil yang menempatkan 17 mangsa daripada 4 keluarga), dan SK Gembut (3 mangsa, satu keluarga),"kata beliau dalam kenyataan yang dikeluarkan, hari ini.
Dalam perkembangan sama, Azmi memaklumkan, berdasarkan maklumat daripada Jabatan Kerja Raya Johor, terdapat 13 jalan terjejas akibat banjir.
"Enam daripadanya ditutup sepenuhnya membabitkan Jalan Lok Heng/Mawai, Jalan Kota Tinggi-Kluang, Jalan Mawai Lama, Ladang Siang, Jalan Johor Bahru-Endau dan Jalan Kota Tinggi-Sg. Rengit.
"Manakala lima jalan hanya dibuka kepada kenderaan berat sahaja, iaitu FT003 Johor Bahru-Endau, Jalan Perani dan Kampung Lukut Cina-Kampung Batu.
"Tiada jalan alternatif disediakan untuk semua jalan yang terjejas banjir," jelas beliau lagi.
Paras air sungai di dua lembangan sungai berada pada paras bahaya iaitu Sungai Skudai di Kampung laut, Johor Bahru (4.50 meter), dan Sungai Sayong di Sungai Siam, Kulai (20.87 meter).
Manakala empat sungai pada paras amaran membabitkan Sungai Johor, Sungai Skudai dan Sungai Jemaluang, Mersing.
Pada Jumaat, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap bahaya di beberapa kawasan di Pahang dan Johor sehingga Ahad ini.
MetMalaysia menerusi amaran yang dikeluarkan memaklumkan, kawasan yang terlibat di Pahang adalah Rompin manakala di Johor membabitkan Batu Pahat, Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.
Bagi hujan berterusan tahap buruk, amaran dikeluarkan di beberapa kawasan lain di Pahang iaitu Bera dan Pekan manakala di Johor melibatkan Tangkak, Segamat dan Muar.