Menurut laporan terkini kejadian bencana dikeluarkan Pusat Kawalan Bencana Negara Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), tinjauan situasi di Stesen Telemetri Jabatan Pengairan dan Saliran, bagaimanapun mendapati beberapa sungai masih berada pada paras bahaya yang menunjukkan trend meningkat.
Sungai berkenaan antaranya termasuklah Sungai Johor di Kota Tinggi, Johor, Sungai Kedah (Kota Setar, Kedah), Sungai Arau (Arau, Perlis) dan Sungai Terengganu (Hulu Terengganu, Terengganu).
Sungai yang berada pada tahap amaran, namun paras air menunjukkan trend menurun direkodkan di Sungai Jemaluang (Mersing, Johor) dan Sungai Duyong (Jasin, Melaka).
Tiada amaran cuaca dikeluarkan di seluruh negara buat masa ini, menurut laporan itu.
-- BERNAMA