
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman web serta media sosial rasmi MetMalaysia dan aplikasi mudah alih myCuaca. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Amaran hujan berterusan tahap waspada di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor yang dikeluarkan pada 1 Jan lepas, kini ditamatkan.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan hari ini memaklumkan berdasarkan analisis model-model cuaca, menunjukkan cuaca dijangka bertambah baik dan tiada potensi hujan berterusan di negeri-negeri terbabit.
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman web serta media sosial rasmi MetMalaysia dan aplikasi mudah alih myCuaca.
Sebarang pertanyaan lanjut boleh diajukan melalui talian hotline MetMalaysia 1-300-22-1638.
-- BERNAMA
Dapatkan info, ramalan cuaca dan berita terkini di sini


Amaran ribut petir, hujan lebat di empat negeri dan Labuan hingga tengah hari ini
Antara kawasan terlibat ialah Kuala Krai, Gua Musang, Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Jerantut, Kuantan, Pekan Rompin, Segamat dan Mersing.