MetMalaysia mengeluarkan amaran itu berdasarkan tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20mm sejam yang dijangka berlangsung lebih sejam. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang diramal berlaku di beberapa kawasan di empat negeri dan Labuan hingga 1 tengah hari ini.
MetMalaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan kawasan terlibat ialah Kelantan (Kuala Krai dan Gua Musang) dan di Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Jerantut, Kuantan, Pekan dan Rompin) serta Johor (Segamat dan Mersing).
Amaran sama turut melibatkan Sabah iaitu Pedalaman (Kuala Penyu dan Beaufort) dan Pantai Barat (Papar).
MetMalaysia mengeluarkan amaran itu berdasarkan tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter (mm) sejam yang dijangka berlangsung lebih sejam.
-- BERNAMA
Amaran ribut petir, hujan lebat di empat negeri dan Labuan hingga tengah hari ini
Antara kawasan terlibat ialah Kuala Krai, Gua Musang, Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Jerantut, Kuantan, Pekan Rompin, Segamat dan Mersing.
10 negeri dijangka ribut petir, hujan lebat sehingga 1 pagi - MetMalaysia
Negeri-negeri yang terlibat adalah Kedah, P. Pinang, Perak, Pahang, N. Sembilan, Melaka, Johor, Sarawak dan Sabah serta WP Labuan.