MINAS GERAIS: Sekurang-kurangnya tujuh individu maut akibat tanah runtuh di Ipatinga, Minas Gerais, Brazil, pada Ahad.

Menurut media tempatan, kejadian berpunca daripada hujan lebat berterusan.

Hujan lebat sebanyak 80 milimeter dalam tempoh sejam turut menyebabkan banjir besar.

Keadaan itu sekaligus memaksa pihak berkuasa mengisytiharkan darurat awam selama 180 hari.

Pasukan penyelamat masih mencari empat individu yang dilaporkan hilang.

Manakala pusat perlindungan sementara disediakan bagi menempatkan penduduk yang terjejas.

Sementara itu gabernor negeri turut menyatakan hasrat untuk melawat kawasan terjejas bagi memantau usaha bantuan.