ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 11 Januari 2025.


1. Israel terus halang bantuan penting ke utara Gaza - PBB

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Jumaat melaporkan bahawa pihak berkuasa pndudukan Israel terus menghalang bantuan penting daripada sampai kepada mereka yang memerlukan di Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).



2. Lagi nahas pesawat, 10 maut di Colombia

Sekurang-kurangnya 10 orang maut selepas sebuah pesawat kecil terhempas di barat laut Colombia, menurut pihak berkuasa pada Jumaat, lapor Xinhua.


3. Azerbaijan konsisten pertahan kepentingan negara Islam - Presiden Aliyev

Azerbaijan sentiasa menjadi anggota dunia Islam yang dihargai dan ia secara konsisten mempertahankan kepentingan negara Islam dalam semua pertubuhan antarabangsa, termasuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), kata Presidennya Ilham Aliyev.


4. Lelaki nekad buka pintu pesawat selepas bertengkar dengan kekasih

GARA-GARA bertengkar dengan teman wanita, seorang lelaki nekad membuka pintu pesawat yang bersedia untuk berlepas walau cuba dihalang penumpang yang lain.


5. 4 maut, 16 cedera dalam rempuhan di Masjid Umayyad, Syria

Empat orang terbunuh manakala 16 lagi cedera dalam insiden rempuhan di Masjid Umayyad yang menjadi mercu tanda di Damsyik pada Jumaat, lapor Agensi Berita Rasmi Syria (SANA).


6. Mark Zuckerberg bertemu Donald Trump di Mar-a-Lago

Ketua Pegawai Eksekutif Meta, Mark Zuckerberg bertemu dengan Presiden Amerika Syarikat (AS) terpilih, Donald Trump, di Mar-a-Lago pada Jumaat, menurut laporan laman berita Semafor yang memetik sumber yang mengetahui perkara tersebut.


7. Kebakaran Los Angeles: 11 kematian disahkan pihak berkuasa

Sebanyak 11 kematian akibat kebakaran kini telah disahkan oleh Pejabat Pemeriksa Perubatan Daerah Los Angeles.


8. Menteri Luar Austria angkat sumpah sebagai Canselor sementara

Menteri Luar Austria, Alexander Schallenberg mengangkat sumpah sebagai Canselor sementara negara itu, pada Jumaat susulan peletakan jawatan Karl Nehammer baru-baru ini, lapor Xinhua.


9. Nicolas Maduro angkat sumpah Presiden Venezuela untuk penggal ketiga

Nicolas Maduro mengangkat sumpah sebagai Presiden Venezuela untuk penggal ketiga pada Jumaat di sebalik pelbagai kontroversi, kecaman dan tuduhan yang diterima sama ada dari dalam negara dan di peringkat antarabangsa.


10. Trump dilepaskan tanpa syarat, tiada penalti dalam kes bayaran tutup mulut

Presiden Terpilih Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dilepaskan tanpa syarat di New York pada Jumaat selepas disabitkan dengan 34 pertuduhan memalsukan rekod perniagaan, lapor UPI.