Bagaimanapun kesemua tertuduh tidak mengaku bersalah memiliki sejumlah 6,059 biji pil yaba sewaktu pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.
Dua dari empat individu iaitu sepasang suami isteri, Zulhaira Nasrin, 26, dan suaminya Erdike Mohd Noor, 33, turut menghadapi dua pertuduhan tambahan iaitu memasuki Thailand secara haram dan tinggal secara haram.
Hakim Wilayah Narathiwat, Yuan kemudiannya menetapkan 11, 13 dan 14 Februari depan sebagai tarikh perbicaraan kesemua tertuduh manakala keputusan kes mereka dijangka selesai pada awal Mac.
Hakim Yuan juga memerintahkan kesemua tertuduh mendapatkan bukti mereka tidak memiliki pil yaba itu dalam tempoh sebelum perbicaraan tersebut.
Keenam-enam tahanan warga Malaysia itu sebelum ini telah menjalani tahanan reman selama lebih 70 hari selepas ditahan pada 1 November tahun lalu.
Mereka ditahan di sebuah bilik hotel di Sungai Golok pada awal pagi 1 November.
Serbuan yang dilakukan oleh Polis Sungai Golok itu turut menemui lebih 6,000 biji pil yaba.
Pada 3 Januari lepas mereka telah dibawa ke Mahkamah Wilayah Narathiwat bagi sesi pendengaran dan merekodkan pengakuan.
Pengamal media Malaysia yang berkumpul di perkarangan Mahkamah Wilayah Narathiwat turut tidak dibenarkan merakam sebarang visual di dalam kawasan mahkamah selain perlu mengemukakan dokumen, pemeriksaan tubuh badan dan barangan sebelum dibenarkan memasuki mahkamah.
ianya sebagai langkah keselamatan dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa Thailand.