1. Pegawai Azalina lapor polis terhadap KJ
Setiausaha Politik kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said membuat laporan polis terhadap Khairy Jamaluddin di Balai Polis Sentul pada Jumaat.
2. “Anak saya tidak mengatasi undang-undang” - Saifuddin Nasution
Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menegaskan, anaknya tidak mengatasi undang-undang dan sekiranya terdapat laporan ke atasnya, Polis Diraja Malaysia (PDRM) bertanggungjawab untuk menyiasat dengan telus dan seadilnya.
3. Mahathir Rais tinggalkan Bersatu, PN
Setiausaha Bersatu Wilayah dan Setiausaha Perikatan Nasional (PN) Wilayah Persekutuan, Dr Mahathir Mohd Rais mengumumkan keputusannya melepaskan kedua-dua jawatan berkenaan selain keahliannya dalam parti itu berkuat kuasa serta-merta.
4. ‘Tangkap zaman Mahathir, dakwa zaman Muhyiddin, penjara zaman Ismail Sabri, akhirnya Anwar juga salah’ - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menempelak sikap pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Pas yang seolah-olah menyalahkan beliau berhubung isu Titah Adendum melibatkan Datuk Seri Najib Razak.
5. DBKL arah henti penganjuran Havoc Food Festival di Setapak
Penganjuran Karnival Havoc Food Festival yang diadakan di tempat letak kereta Sama Square di Setapak sejak 9 Jan dan dijangka tamat esok (12 Jan), diarah dihentikan bermula hari ini, kata Ahli Parlimen Setiawangsa Nik Nazmi Nik Ahmad.
6. Banjir Johor: 10 jalan terputus hubungan
Sebanyak 10 jalan di daerah Kota Tinggi terputus hubungan susulan banjir yang melanda disebabkan hujan lebat sejak pagi Jumaat.
7. UM tutup dua premis 24 jam didakwa jual sandwic diragui halal
Universiti Malaya (UM) menutup dua premis jualan runcit 24 jam serta-merta berikutan dakwaan penemuan produk pek sandwic yang diragui halal.
8. Sistem kod QR akan diperluas di lapangan terbang seluruh negara
Penggunaan kod respons pantas (QR) bagi urusan imigresen akan diperluaskan di semua lapangan terbang seluruh negara.
9. Satu kes Mpox dikesan dalam negara
Satu kes baharu jangkitan Mpox dikesan dalam negara menjadikan kes keseluruhan kini 12 kes sejak kali terakhir dilaporkan pada Julai 2023.
10. Tujuh pemain warisan dikenal pasti untuk Harimau Malaya - Tunku Ismail
Skuad Harimau Malaya berkemungkinan besar diperkuatkan dengan beberapa muka baharu ketika kempen Kelayakan Piala Asia 2027 bermula Mac ini.