ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 14 Januari 2025.


1. Lawatan Kerja: PM adakan perbincangan dengan Presiden Kenya, Uganda

Kenya dan Uganda menyatakan kesepakatan meningkatkan perdagangan dua hala dengan Malaysia.



2. Kerugian akibat kebakaran di California meningkat kepada AS$275 bilion

Kebakaran hutan yang tercetus sejak 7 Januari telah memaksa puluhan ribu orang berpindah, meragut sekurang-kurangnya 24 nyawa, dan memusnahkan lebih 12,300 bangunan.


3. Lawatan kerja PM: Malaysia-UAE meterai perjanjian perdagangan bebas

Malaysia dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) menandatangani Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Malaysia-UAE (CEPA).


4. 53 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan Israel di Gaza

Serangan itu menyasarkan orang ramai yang berkumpul di banyak tempat di utara Gaza serta sebuah sekolah tempat pelarian berlindung.


5. Kebakaran Los Angeles: Peguam kemuka tuduhan terhadap sembilan suspek

Peguam Daerah Los Angeles County, Nathan Hochman mengemukakan tuduhan terhadap sembilan suspek atas kesalahan pecah rumah serta seorang lagi atas tuduhan melakukan aktiviti pembakaran.


6. Suruhanjaya Eropah suarakan kebimbangan terhadap sekatan AS ke atas eksport cip AI

Sekatan ini dilihat tidak selaras dengan kepentingan ekonomi dan keselamatan AS.


7. Sekatan eksport cip AI oleh AS: Ini fakta anda perlu tahu

Peraturan ini mengawal aliran cip AI dan teknologi AS yang diperlukan untuk aplikasi AI yang paling canggih.


8. Malaysia bakal terima pelaburan jangka panjang susulan lawatan kerja Perdana Menteri ke UAE

Anwar berkata sinergi padu antara Malaysia dan ADIA menjelmakan keyakinan terhadap potensi pertumbuhan ekonomi negara yang mampan.


9. Malaysia sasar jadikan Pakistan hab minyak sawit serantau bagi Asia Tengah - MPOB

Ia sejajar dengan peningkatan permintaan dalam sektor makanan Pakistan, sekali gus memberi peluang besar bagi produk minyak sawit Malaysia.


10. Datuk Bandar Los Angeles dikritik berhubung respons terhadap kebakaran besar

Sehingga Ahad, lebih 110,000 tandatangan telah dikumpulkan menerusi petisyen di Change.org yang menuntut peletakan jawatannya.