The Blues menguasai keseluruhan permainan, namun sering kali dipatahkan oleh pasukan pelawat atas kekebalan pertahanan dan penjaga golnya yang kerap memperaga aksi cemerlang.
Bekas pemain Manchester City, Cole Palmer, membuka tirai jaringan pada minit ke-13 untuk meletakkan Chelsea di depan dan keputusan 1-0 kekal sehingga tamat separuh masa pertama.
It ends all square at the Bridge.#CFC | #CHEBOU pic.twitter.com/5hZULVXJtF
Memasuki babak kedua, Justin Kluivert menyempurnakan sepakan penalti menewaskan Robert Sanchez sebelum Antoine Semenyo menggandakan kelebihan buat skuad bimbingan Andoni Iraola pada minit ke-68.
Bournemouth hampir mendapatkan kemenangan pertama mereka di Stamford Bridge sejak 2019, tetapi sepakan percuma Reece James memusnahkan harapan mereka untuk masing-masing mengutip satu mata. - Stadium Astro