Kevin De Bruyne dan Pep Guardiola memuji persembahan luar biasa Savinho dalam kemenangan 4-1 Manchester City ke atas West Ham malam tadi.
The Citizens memulakan 2025 dengan kemenangan selesa di Stadium Etihad, meraih kemenangan berturut-turut Liga Perdana Inggeris (EPL) buat julung kalinya sejak Oktober lalu.
Savinho mencetuskan kebangkitan tuan rumah apabila lariannya dan hantaran lintangnya melencongnya pada minit ke-10 tertampan oleh Vladimir Coufal, seterusnya melepasi jangkauan penjaga gol, Alphonse Areola.
Sekali lagi gerakan yang diilhamkannya mencipta peluang yang ditanduk Erling Haaland sebelum pemain Norway itu mencetak jaringannya keduanya sebelum rehat untuk menjadikan kedudukan 3-1.
Empat daripada lima bantuan gol Savinho dalam EPL musim ini adalah untuk Haaland.
Dan pemain Brazil itu yang menamatkan perlawanan dengan mencipta tiga peluang dan menyempurnakan lebih banyak gelecekkan segera meraih pujian daripada ketua pasukan dan pengurusnya itu.
"Saya rasa dia cukup berbakat," kata De Bruyne kepada BBC Match of the Day.
"Dia bermula dengan sangat baik musim ini dan kemudian prestasinya merudum sebagaimana kami sebagai keseluruhan pasukan, itu perkara biasa.
"Tetapi dia mempunyai kualiti yang luar biasa, jadi adalah bagus dia memiliki keyakinan dan kelincahannya untuk kami."
Tambah Guardiola: "Dia cemerlang. Dia adalah antara segelintir pemain yang lincah.
"Ada gerakan-gerakan memukau. Etika kerjanya sukar dipercayai tetapi masih tidak tenang." - Stadium Astro