Resolusi “Demand for Ceasefire in Gaza” menzahirkan gesaan sepadu oleh masyarakat antarabangsa untuk menamatkan keganasan, memastikan akauntabiliti, dan mencapai keamanan dan kestabilan yang berkekalan di Gaza.
Sementara resolusi “Support for the Mandate of the United Nations Relief and Works Agency for Palestine Refugees in the Near East (UNRWA)” mencerminkan sokongan tidak berbelah bahagi masyarakat antarabangsa terhadap peranan dan mandat Agensi PBB tersebut, serta komitmen yang jelas untuk menentang sebarang percubaan untuk melemahkan dan menamatkan operasinya.
Serentak itu, Wisma Putra dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini berkata, Malaysia menggesa masyarakat antarabangsa untuk melaksanakan kedua-dua resolusi tersebut secara menyeluruh dengan segera.
“Malaysia berpegang teguh dengan pendirian berprinsip dalam mendukung hak rakyat Palestin untuk membentuk sebuah negara merdeka dan berdaulat berdasarkan sempadan pra-1967, dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negara,” kata Wisma Putra lagi.