Ditanya sama ada beliau yakin rancangan ini akan bertahan, Kirby berkata, pasukan mereka sedang berusaha menyelesaikan isu yang dibangkitkan oleh Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.
Dalam masa sama, beliau menyatakan keyakinannya bahawa "kami dapat menyelesaikan isu-isu saat akhir dan gencatan senjata ini boleh bermula pada Ahad."
Ketika ditanya mengenai pengaruh Presiden Amerika Syarikat (AS) terpilih, Donald Trump dalam merealisasikan perjanjian itu, Kirby berkata, pengasingan dan kelemahan Hamas merupakan faktor utama yang menentukan, tetapi sokongan Trump "pasti membantu, tiada keraguan tentang itu."
"Kita perlu berhenti terlalu bimbang tentang isu pemberian kredit ini dan siapa yang dapat pujian. Ada banyak kredit untuk dikongsi. Tebusan tidak peduli, rakyat Gaza tidak peduli," tambah Kirby. - Agensi