KUALA LUMPUR: Menteri Alam Sekitar dan Air Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man menyeru semua pihak sama ada kerajaan, swasta dan orang perseorangan supaya bertindak segera dalam mencari solusi ke arah kelestarian bumi.
Pada perutusan sempena sambutan Hari Bumi 2022, Tuan Ibrahim berkata menerusi Pelan Kelestarian Alam Sekitar 2020-2030, sebanyak 26 inisiatif digubal kementerian itu berteraskan empat tunjang utama iaitu pengukuhan urus tadbir, pertumbuhan hijau, kolaborasi strategik dan keterangkuman sosial.
Pelan itu, katanya turut merangkumi empat komponen alam semula jadi iaitu udara, air, daratan dan kehidupan.
"Kerajaan komited bagi memastikan kualiti udara dan air di Malaysia berada pada tahap terbaik untuk dinikmati semua. Selain itu, fokus kerajaan juga adalah untuk meningkatkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), meneroka peluang pekerjaan dan menarik pelaburan baharu dalam sektor ekonomi hijau negara.
"Sempena Hari Bumi, kita mesti lebih bersemangat untuk memikul amanah kerana pelaburan yang diusaha hari ini adalah untuk mewariskan bumi yang lestari kepada generasi akan datang. Alam sekitar tanggungjawab kita bersama," katanya.
Sambutan Hari Bumi tahun ini bertemakan 'Invest in Our Planet'.
Hari Bumi Sedunia diperkenalkan sejak 1970 sebagai usaha manusia sejagat menghargai bumi, menyemai rasa tanggungjawab dan meningkatkan kesedaran untuk melindungi bumi dan alam sekitar.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 22 2022

Menteri Alam Sekitar dan Air Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man menyeru semua pihak sama ada kerajaan, swasta dan orang perseorangan supaya bertindak segera dalam mencari solusi ke arah kelestarian bumi. - Gambar fail/Astro AWANI

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

Semua negeri setuju laksana kempen tanpa beg plastik - Tuan Ibrahim
Semua kerajaan negeri bersetuju untuk melaksanakan Caj Pencemaran Plastik dengan nilai minimum 20 sen bagi setiap helai beg plastik.

Tuan Ibrahim seru semua pihak cari solusi kelestarian bumi
Menteri Alam Sekitar dan Air Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man menyeru semua pihak supaya bertindak segera dalam mencari solusi ke arah kelestarian bumi.

RM2 juta atasi masalah sumber bekalan air seluruh negara - KASA
Tabung Wakaf Air akan memperuntukan dana sebanyak RM2 juta kepada kerajaan bagi menyelesaikan masalah sumber bekalan air seluruh negara tahun ini.

Menghadap Agong: Tuan Ibrahim tiba di Istana Negara
Beliau dijadual menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada jam 11 pagi.

Diesel Euro 5 ganti Euro 2M mulai esok
Kerajaan menetapkan pelaksanaan spesifikasi minyak diesel Euro 5 bagi menggantikan minyak diesel Euro 2M bermula esok, kata Menteri Alam Sekitar dan Air Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.

Kontena bawa sisa plastik dari Los Angeles akan ditahan di Pelabuhan Klang Isnin ini
Malaysia akan menahan sebuah kontena dari Los Angeles, Amerika Syarikat yang disyaki mengandungi barang dagangan sisa plastik apabila ia tiba di Pelabuhan Klang Isnin ini (22 Mac).

Paras empangan seluruh negara masih baik - Tuan Ibrahim
Paras air di empangan seluruh negara ketika ini masih berada pada tahap 'selesa', meskipun negara sedang dilanda fenomena cuaca panas.

Tompokan hitam di Sungai Kim Kim bukan sisa kimia - Tuan Ibrahim
Ia hanya pencemaran (pelepasan) biasa daripada kilang dan tidak berbahaya kepada penduduk, bukan seperti pencemaran yang berlaku pada tahun 2019.

Pencemaran: Premis haram buang sisa berjadual dalam lubang tandas - Tuan Ibrahim
Siasatan pihak berkuasa membawa kepada penemuan sebuah premis yang tidak berlesen di Jalan Velox 2 yang melakukan pelepasan haram itu.

Pencemaran di LRA Rantau Panjang, SSP 1,2, dan 3 kini pada tahap 2 TON - Menteri
Tahap pencemaran di Loji Rawatan Air (LRA) Rantau Panjang dan SSP 1,2 dan 3 kini pada tahap 2 TON.