JOHOR BAHRU: Tompokan hitam yang didakwa mencemari Sungai Kim Kim di Pasir Gudang, dekat sini baru-baru ini, dikenal pasti sebagai sisa bahan buangan tidak berbahaya, yang dilepaskan menerusi pelbagai aktiviti kilang berhampiran.
Menteri Alam Sekitar dan Air Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata ia sekali gus menolak laporan berita sebuah akhbar tempatan semalam yang melaporkan kemungkinan tompokan hitam itu adalah daripada pembuangan sisa kimia.
"Sebenarnya yang berlaku itu bukanlah pencemaran sisa toksik, jadi laporan (berita) itu sebenarnya tidak begitu tepat, dan dari sampel yang kita sudah ambil, didapati sebenarnya ia hanya pencemaran (pelepasan) biasa daripada kilang dan tidak berbahaya kepada penduduk, (bukan) seperti pencemaran yang berlaku pada tahun 2019," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat Sungai Kim Kim di Jalan Keluli 10 di sini, hari ini, bagi meninjau sendiri satu laporan media yang mengatakan bahawa tompokan hitam yang mengalir di sungai berkenaan berkemungkinan melibatkan pelepasan sisa kimia yang lebih besar daripada tragedi Sungai Kim Kim, dua tahun lepas.
Beliau berkata sekiranya pencemaran itu telah berlaku dalam tempoh sebulan seperti yang dilaporkan, sudah pasti pihak Jabatan Alam Sekitar (JAS) tahu mengenainya kerana pemantauan memang dibuat secara berterusan di sungai berkenaan.
Sementara itu Tuan Ibrahim berkata kementeriannya memberi fokus untuk bersama dengan komuniti seperti pihak swasta, universiti dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam mengerakkan usaha mengawal pencemaran sungai meneusi melalui projek Denai Sungai Kim Kim.
Projek yang bermula hari ini, diharap dapat menceriakan semula Sungai Kim Kim yang telah tercemar sebelum ini.
Ahli Parlimen Tebrau Steven Choong Shiau Yoon yang turut sama meninjau sungai itu berkata beliau akan memastikan projek itu berjaya, selain turut berhasrat menubuhkan Rakan Alam Sekitar bagi membolehkan masyarakat memantau pencemaran di kawasan sekitar.
Sementara itu merujuk kepada pertemuan dengan Menteri Besar Johor Datuk Ir Hasni Mohammad hari ini, Tuan Ibrahim yang juga Timbalan Presiden PAS berkata ia sekadar kunjungan hormat beliau sebagai Menteri Alam Sekitar dan Air.
Beliau berkata antara yang dibincangkan dengan Hasni yang juga Ahli Undangan Negeri Benut itu ialah berkaitan tanggungjawab di peringkat kementerian seperti pengurusan sistem kumbahan dalam kawasan Majlis Bandaraya Johor Bahru dan Pasir Gudang.
"Juga dibincangkan isu-isu yang melibatkan ingatan kepada pembakaran terbuka, sebab sekarang ini musim panas dan oleh kerana Johor ada kawasan tanah gambut yang sensitif kepada pembakaran terbuka, jadi kita berharap semua pihak dapat mengambil tindakan segera supaya tidak ada pembakaran terbuka dibuat pada waktu ini," katanya.
Pagi tadi, Hasni Mohammad yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor memuat naik beberapa keping gambar di laman Facebook miliknya mengenai perjumpaan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 09 2021

Menteri Alam Sekitar dan Air Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man (kanan) melihat pelan bersama Ahli Parlimen Tebrau Steven Choong Shiau Yoon (kiri) berkenaan Sungai Kim Kim. - Foto BERNAMA

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.
Genai capai tahap guna nilai perniagaan tahun ini - AWS Thailand
Teknologi kecerdasan buatan (AI) generatif (GenAI) akan mencapai tahap penggunaan untuk nilai perniagaan tahun ini, beralih dari penggunaan dalam projek perintis pada tahun 2024.

24 Mac ditetapkan tarikh mediasi saman Tuan Ibrahim ke atas Rafizi
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan 24 Mac bagi menyelesaikan saman fitnah difailkan Tuan Ibrahim Tuan Man terhadap Rafizi Ramli secara mediasi.

Isu siapa calon PM PN tidak perlu dipolemik - Tuan Ibrahim
Isu siapa bakal mengetuai Perikatan Nasional (PN) dan calon Perdana Menteri tidak perlu dijadikan polemik.

GISB: Tidak boleh semberono ambil tindakan - Zulkifli
Senator Zulkifli Hasan berkata, kes terbabit melibatkan banyak pihak dan perlu mengikut garis panduan ditetapkan setiap pihak berkuasa.

Tunggu PN ambil alih untuk lihat bajet kami - Tuan Ibrahim
Beliau berkata, pihak yang ingin melihat bajet alternatif perlu menunggu sehingga Perikatan Nasional mengambil alih kerajaan.

Pas kesal, dukacita dengan kenyataan Saifuddin Nasution
Tuan Ibrahim berkata, sepanjang Muktamar Pas berlangsung, tiada satu nama disebut dan diserang oleh Presiden Tan Sri Abdul Hadi Awang dalam ucapan beliau.

PRN17 Sabah: Pas beri autonomi pada pimpinan parti tempatan
Tuan Ibrahim berkata, ia berikutan landskap politik yang berbeza berbanding di Semenanjung Malaysia.

Pas mahu tawan Pahang, beri fokus sokongan bukan Islam
Keputusan pucuk pimpinan memilih Pahang adalah isyarat serius Pas mahu mengiringi pentadbiran Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis.

Isu rakyat Palestin dijangka jadi inti pati utama Muktamar Pas ke-70
Nasib umat Islam di Palestin antara isu utama yang dijangka dibawa dalam Muktamar Pas ke-70 yang akan berlangsung di Kompleks Al-Makmur, Kerdau, Temerloh pada 11 hingga 15 Sept ini.

Pas gesa pemantau SPR turunkan papan iklan PH di Sungai Bakap - Tuan Ibrahim
Tuan Ibrahim berkata, papan iklan yang dibentangkan PH didakwa menunjukkan maksud ayat dalam bahasa Cina tidak sama dengan bahasa Melayu.

PRK Sungai Bakap: Calon PN diumum 16 Jun ini - Tuan Ibrahim
Calon mewakili Perikatan Nasional pada Pilihan Raya Kecil Sungai Bakap akan diumumkan pada 16 Jun ini.