KUALA TERENGGANU: Paras air di empangan seluruh negara ketika ini masih berada pada tahap 'selesa', meskipun negara sedang dilanda fenomena cuaca panas, kata Menteri Alam Sekitar dan Air (KASA) Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.
Beliau turut memberi jaminan bahawa bekalan air di empangan seluruh negara, masih lagi mencukupi untuk menampung keperluan seharian penduduk.
"Berdasarkan ramalan Meteorologi Malaysia pun cuaca panas tahun ini tidak seteruk tahun lepas dan kadar kelembapan ketika ini agak tinggi. Cuma, terdapat isu-isu (gangguan bekalan air) yang berlaku contohnya di Baling, Kedah dan isu tersebut telah pun diatasi kerajaan negeri.
"Kita akui ada tempat-tempat yang mengalami masalah (gangguan bekalan air) dan kita ambil tindakan melalui operator air di negeri-negeri untuk menghantar air (kepada pengguna) melalui lori dan sebagainya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Cabutan Kerja Undi di bawah peruntukan KASA, di Wisma Darul Iman di sini hari ini.
Paras air empangan di seluruh negara kini mencatat tahap storan melebihi 70 peratus.
Sementara itu Tuan Ibrahim berkata Majlis Cabutan Kerja Undi itu melibatkan 103 kerja-kerja bagi projek pemulihan sungai yang akan dilaksanakan dalam tempoh kurang tiga bulan untuk mengurangkan risiko bencana banjir di semua daerah di Terengganu.
Katanya, secara keseluruhanya, kerajaan telah meluluskan peruntukan sebanyak RM7.5 juta untuk kerja-kerja pemuliharaan sungai di Terengganu pada tahun ini dengan fasa pertama melibatlkan nilai RM4.8 juta yang diundi hari ini.
"Kerja Undi hari ini melibatkan nilai projek di bawah RM100,000 bagi kontraktor kelas G1 bertujuan membantu mereka menjana semula ekonom akibat terjejas dengan penularan pandemik COVID-19," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 14 2021
Takungan air di Empangan Teluk Bahang (gambar) susut dari 58.7 peratus pada 1 Januari lepas kepada 56.7 peratus pada 12 Mac berikutan cuaca panas yang melanda di negara ini. - Foto BERNAMA
Kabinet Belarus letak jawatan
Menurut Perlembagaan Belarus, perdana menteri dan kabinet perlu meletak jawatan selepas pilihan raya.
Kabinet baharu Belgium angkat sumpah
Bart De Wever, ketua parti nasionalis Flemish N-VA yang memenangi pilihan raya persekutuan Jun lalu, memegang jawatan sebagai perdana menteri.
Sekolah ditutup, langkah berjaga-jaga diambil susulan gempa bumi di Pulau Santorini, Greece
Lebih 300 gegaran telah menggegarkan Santorini dan pulau-pulau berdekatan, termasuk Amorgos, sejak Jumaat.
Malaysia sertai fasa kedua Jambatan Udara Kemanusiaan yang diterajui Jordan ke Gaza
Kementerian Luar berkata, penyertaan Malaysia dalam inisiatif itu dipermudahkan melalui kedutaannya di Amman.
Petronas jelaskan penamatan khidmat saluran gas hanya libatkan beberapa bahagian di Sarawak
Petronas berkata, keputusan dibuat selepas kajian menyeluruh terhadap kebolehlaksanaan bahagian khusus SSGP berkenaan.
Kerajaan disaran perkenal hukuman tegas atasi fitnah dalam batas dibenarkan undang-undang
Wan Ahmad Fauzi turut mencadangkan agar pendidikan mengenai bahaya fitnah dapat diterapkan pada peringkat awal, terutamanya dalam kalangan generasi muda.
Rupee India jatuh ke paras terendah dalam sejarah berbanding dolar AS
Rupee menyentuh paras terendah apabila indeks dolar melonjak selepas Presiden Donald Trump mengenakan tarif terhadap rakan dagangan utama.
Singapura rampas lebih 970,000 produk kesihatan haram pada 2024
Antara yang dirampas ialah sirap batuk kodeina merupakan majoriti, ubat perangsang seksual, ubat penenang serta ubat preskripsi lain.
OPEC+ tambah 5.8 juta tong minyak mentah sehari tampung bekalan dari Kanada, Mexico
Tindakan Donald Trump yang akan mengenakan tarif kepada negara rakan dagangnya akan memberi kesan terhadap pengeluaran minyak dan ekonomi logistik.
Lukashenko secara rasmi diisytihar pemenang Pilihan Raya Presiden Belarus
Lukashenko pertama kali dipilih sebagai presiden Belarus pada 1994 dan kemudian dipilih semula pada 2001, 2006, 2010, 2015 dan 2020.
Sungai Golok 'mengepung', penduduk berlumba selamatkan harta
Penduduk kini bagaikan berlumba dengan masa, berusaha menyelamatkan apa sahaja yang mampu sebelum arus banjir menelan segalanya.
MTL: Jambatan ditenggelami air, 200 penduduk terputus hubungan
Jambatan itu tenggelam akibat peningkatan mendadak paras air Sungai Galas.
Situasi banjir Terengganu tidak banyak berubah
Situasi banjir di Terengganu tidak banyak berubah dengan jumlah mangsa terjejas sebanyak 2,579 orang setakat 8 pagi ini.
Beberapa sungai di Lembah Klang cecah paras bahaya
Bacaan paras air di stesen Batu 12 dalam daerah Hulu Langat adalah 43.16 meter (m) iaitu kategori bahaya, berbanding bacaan normal 39.4m.
MADA sentiasa pantau paras air empangan
Perkara itu selaras dengan SOP Pelan Tindakan Kecemasan Keselamatan Empangan MADA bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini.
Proses pengumpulan data berkesan, menyeluruh bantu operasi pasca bencana – MERCY Malaysia
Proses pengumpulan data secara lebih berkesan dan menyeluruh adalah penting dalam operasi pasca bencana untuk mengetahui keperluan unik bagi kawasan terjejas.
Cuaca kering: Bekalan air di Empangan Timah Tasoh dihadkan untuk kegunaan domestik
Setakat semalam, bacaan aras takungan air yang direkodkan bagi empangan itu sebanyak RL26.90m, iaitu pada aras amaran dengan kapasiti takungan air semasa sekitar 38.5 peratus.
Paras empangan masih kritikal, Perak sedia syor OPA semula- Exco
Walaupun telah beberapa kali OPA dilakukan dan kawasan itu mengalami hujan, namun ia tidak mengubah paras air empangan.
Sultan Nazrin, Tuanku Zara berkenan tinjau keadaan semasa di Taman Tasik Taiping
Baginda berdua melihat sendiri keadaan paras air di taman tasik itu yang dilaporkan menyusut teruk susulan cuaca kering sejak lebih dua bulan.
Pengurangan isipadu kolam Taman Tasik Taiping hampiri 70 peratus
Paras air sungai yang menjadi antara sumber air juga didapati menurun dan memberi kesan kepada tahap air di dalam tasik atau kolam di taman itu.