Rupee menyentuh paras terendah apabila indeks dolar melonjak selepas Presiden Donald Trump mengenakan tarif terhadap rakan dagangan utama AS seperti Kanada, Mexico, dan China, sambil memberi amaran kepada Kesatuan Eropah (EU) mengenai tindakan yang sama.
Kelemahan rupee dalam beberapa minggu kebelakangan ini telah mendorong campur tangan bank pusat India melalui penjualan dolar.
Kejatuhan nilai mata wang itu meningkatkan kos import dan boleh menyebabkan inflasi yang lebih tinggi di India.
Bagaimanapun, Menteri Kewangan Nirmala Sitharaman dalam satu temu bual media pada Ahad mempertahankan prestasi rupee, dengan menyatakan bahawa ia hanya jatuh berbanding dolar AS yang semakin kukuh, tetapi tidak terhadap mata wang lain. - BERNAMA