KUALA LUMPUR: Empat stesen kendalian Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) di Selangor menunjukkan paras air melebihi tahap bahaya setakat jam 3.45 petang pada Selasa.


Ringkasan AI
  • Empat stesen di Selangor menunjukkan paras air melebihi tahap bahaya setakat jam 3.45 petang pada Selasa.
  • Stesen Batu 12, Hulu Langat mencatatkan bacaan 43.16m (bahaya) berbanding normal 39.4m, dengan trend peningkatan dari 42.65m pada jam 1 tengah hari.
  • Stesen Taman Desa Kemuning, Klang mencatatkan bacaan 3.54m (bahaya) berbanding normal 1.5m, meningkat 0.15m dalam 45 minit.


Menerusi laman web Public Infobanjir JPS, bacaan paras air di stesen Batu 12 dalam daerah Hulu Langat adalah 43.16 meter (m) iaitu kategori bahaya berbanding bacaan normal 39.4m.

Ia menunjukkan trend peningkatan apabila pada jam 1 tengah hari stesen berkenaan mencatatkan bacaan 42.65m.

Di daerah Klang, terdapat satu stesen merekodkan kategori bahaya di Taman Desa Kemuning iaitu pada 3.54m berbanding bacaan normal 1.5m dan ia merupakan peningkatan 0.15m dalam tempoh 45 minit.

Satu lagi di daerah sama ialah stesen Bandar Klang yang kini dalam kategori waspada 2.86m berbanding bacaan normal 2.2m.

Sementara itu, dua buah stesen di Hulu Selangor dalam kategori bahaya iaitu Jambatan S.K.C, 19.23m berbanding bacaan normal 16.6m dan Kg Sg Selisik 27.95m berbanding bacaan normal 23m.

Di stesen Tanjung Malim, ia dalam kategori amaran pada 38.83m berbanding bacaan normal 36m.