JERANTUT: Tabung Wakaf Air akan memperuntukan dana sebanyak RM2 juta kepada kerajaan bagi menyelesaikan masalah sumber bekalan air seluruh negara tahun ini.
Menteri Alam Sekitar dan Air (KASA), Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, daripada jumlah dana yang terkumpul sejak tabung ini ditubuhkan, RM1 juta telah dibelanjakan bagi menyediakan 32 wakaf air di seluruh negara.
“Sebanyak 20 telaga tiub telah mula beroperasi dan 12 lagi sudah diserahkan kepada jawatankuasa dan wakil penduduk.
"Inisiatif Tabung Wakaf Air akan terus memberi manfaat kepada pengguna. Di Jerantut sahaja, sebanyak lima projek Wakaf Air telah disiapkan iaitu di Kampung Batu Balak, Kampung Tanah Pindah, Kampung Belukar dan di Jalan Tamalian dan Jalan Jengkuar, Felda Sungai Retang," katanya dalam satu lawatan tapak projek Wakaf Air di Felda Sungai Retang, di sini, hari ini.
Katanya, projek ini menelan kos RM248,175 bakal memberi manfaat kepada 139 keluarga dari kawasan terlibat melibatkan seramai 615 penduduk.
Tuan Ibrahim memberitahu, melalui usaha ini, kawasan-kawasan pedalaman yang di luar capaian rangkaian paip air terawat dan kawasan yang kerap menghadapi masalah bekalan dapat dibekalkan melalui sumber air alternatif.
Tabung Wakaf Air yang dilancarkan pada 17 Disember 2020 merupakan inisiatif KASA melalui kerjasama Yayasan Wakaf Malaysia (YWM) bertujuan menyediakan sumber pembiayaan alternatif projek-projek perkhidmatan air secara mudah, cepat dan mampan melalui instrumen wakaf.
Sumbangan wakaf ini boleh disalurkan menerusi sistem Wakaf Tunai yang boleh dicapai melalui pautan https://www.ywm.gov.my/wakaf-air.
Azizah Shafiei
Sun Jan 16 2022

Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, daripada jumlah dana yang terkumpul sejak tabung ini ditubuhkan, RM1 juta telah dibelanjakan bagi menyediakan 32 wakaf air di seluruh negara. - Astro AWANI

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.
10 Berita Pilihan - (19 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

RM2 juta atasi masalah sumber bekalan air seluruh negara - KASA
Tabung Wakaf Air akan memperuntukan dana sebanyak RM2 juta kepada kerajaan bagi menyelesaikan masalah sumber bekalan air seluruh negara tahun ini.